Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, December 10, 2009

Tugas guru mengajar atau mendidik?



salam...

alhamdulillah..kali ini ana ingin membawa suatu perbincangan bersama sahabat-sahabat...

iaitu tugas guru mengajar atau mendidik?

apa beza mengajar atau mendidik?


mengajar = ta'lim

mendidik = tarbiyyah


sama-sama kita "membuka minda" kita untuk berfikir..


kerana yg membezakan kita dengan makhluk yg lain ialah 'aqal


Rasulullah s.a.w menyebut betapa tingginya nilai nikmat 'aqal ini dalam sabdanya:


"Allah tidaklah mencipta suatu kejadian yang lebih mulia dari 'aqal"


ana disini bukanlah untuk menghuraikan nikmat 'aqal itu sendiri tapi bagaimana kita menggunakan ciptaan Allah ini dengan sebaiknya kerana 'aqal yang digunakan dengan baik akan memperoleh ilmu yang berguna yang mana ilmu ini kelak akan menghampirkan diri dengan Allah s.w.t mengetahui keagungan Allah serta kekuatanNYA...


berbalik kepada tugas atau peranan guru....

apa pendapat ntum?

tugas guru mengajar atau mendidik atau kedua-duanya sekali....?


banyak pendapat yang ana dengar apabila berbincang isu ini...

secara jujur ana katakan masing-masing menjawab menggunakan ilmu yang ada pada masing-masing...tidak salah ana katakan untuk mengeluarkan pendapat..

tapi bukankah lebih bernas jika kita bersandarkan quran dan sunnah?

(teguran buat ana juga)


Apakah baginda membawa ajaran atau didikan?


Jawapannya,kedua2nya dirangkumkan oleh baginda.bukan sekadar hanya mengajar,yakni memberikan maklumat,tetapi mendidik yakni mengasuh jiwa dan hati.mengajar ataupun ta’lim maknanya kita memberi pengetahuan dan maklumat mengenai sesuatu perkara.inilah yang diajarkan dan dibawa oleh Baginda.Kita semua maklum,baginda datang dengan menbawa berita,bukan hanya berita gembira dengan adanya syurga tetapi juga dengan berita duka dengan adanya neraka.baginda mengajarkan kita,bahawa syurga adalah balasan bagi mereka yang melakukan kebaikan dan amalan soleh,manakala neraka adalah balasan bagi mereka yang ingkar dan melakukan kemaksiatan kepada Allah.Nabi s.a.w menyampaikan semua maklumat di atas,yang mana dengan demikian itu manusia yang asalnya tidak tahu,lantas menjadi tahu.ini yang dimaksudkan sebagai mengajar.Contoh yang lain,antaranya Nabi mengajarkan mengenai rukun2 solat,bagaimana hendak melakukan taat,bagaimana hendak berzakat dan sebagainya.


Dalam masa yang sama,Baginda tidak mengabaikan aspek didikan yang disebut sebagai Tarbiyyah.inilah saudara kembar kepada Ta’lim.tidak cukup hanya sekadar tahu bahawa adanya syurga bagi yang melakukan amal soleh,tetapi lebih daripada itu adalah bagaimana cara sebenar melakukan amal soleh dan amal ubudiyyah yang lain untuk mendapatkan syurga.dengan kefahaman dan tarbiyyah,maka manusia menjadi lebih terdidik jiwanya,sehinggalah sampai kepada peringkat melakukan amal ubudiyyah kepada Allah hanyalah semata2 mengharapkan Mardhotillah,iaitu keredhaan Allah,bukan lagi mengharapkan syurga.


jadi sama-sama kita muhasabah

bagaimana untuk kita (sebagai guru) nak mendidik generasi akan datang sekiranya diri kita sendiri tidak terdidik? (sama-sama renungkan)


p/s: TAHU.....FAHAM.....AMAL

Tuesday, December 8, 2009

Langkah Tercipta UNIC



Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.


Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.


Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,setiap diri insan.


Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.


Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,

segalanya dariMu.

...REDHA....



Tika saat ini,
Hatiku meronta mendamba pengertian orang yang amat aku kasihi
Aku pasrah dengan ketentuanNYA
Aku harus akur akan perintah orang yang kukasihi….
Walaupun jauh di sudut hati
Aku ingin menghabiskan sisa hidupku dengan ISLAM
Ingin bersama-sama sahabat yang faham apa itu perjuangan
Ingin bersama-sama sahabat-sahabat berjuang kerana Allah..
Kerana di luar sana masih ramai hati-hati yang kosong
Dan rindukan sentuhan iman…
Aku ingin menjadi penawar bagi mereka

Namun ku tahu…
Hati yang ingin berjuang kerana Allah ini akan disinggah dengan pelbagai ujian
Kerana hakikat perjuangan itu tersangat sukar
Untuk aku tempuhi..
Aku telah bersedia dengan musibah-musibah yang bakal kutempuhi
Namun aku masih takut untuk menghadapi musibah yang aku fikir musibah tak mampu untuk aku hadapi
Namun Allah tahu aku mampu menghadapinya….


Mehnah itu menjengah tiba
apabila orang yang kusayangi tidak mengerti…


saban hari kutitipkan doa padaMu Ya Allah…
supaya diberi petunjuk yang lurus
serta dilembutkan hati orang yang kukasihi
namun ujian itu datang berkunjung tiba jua
kupasrah dan redha Ya Allah
kerana Hanya KAU yang tahu hikmah di sebalikNYA
malah Hanya KAU yang tahu aku mampu menghadapinya…..

dingin pagi
hari berlalu penuh dengan sendu..
saat ini kicauan burung bagai turut memhami perasaanku
aku di sini sedang menangisi perjuanganku selepas ini
pelbagai soalan menyapa minda
apakah yang akan berlaku?
Bagaimana aku ingin melebarkan sayap dakwah?
Adakah aku sanggup meninggalkan semua ini?
Aku buntu seketika Cuma
Namun bibir ini beristighfar supaya kembali kepadaNYA
Astaghfirullah…masih ada jalan untuk masalah ini
Sedang para sahabat yang diduga dengan pelbagai mehnah
Masih ada jalan keluar
Apatah lagi aku…..
Aku menatap terjemahan kalamMu YA Allah…
Mataku berhenti di ayat 31 surah Muhammad
Hatiku tenang kembali……..


Kudapat berfikir dengan waras kembali…
Kukuatkan semangat…
Mempositifkan kembali diri yang "hilang" sebentar tadi…

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan kami telah beriman?” al-ankabut:2
Aku memuhasabah diri…
Jangan lemah….ini adalah ujian buatmu
Kau harus melakukan sesuatu
Bukan berduka dengan ujian yang menimpa…..

Bersabar…..itulah ayat yang menjengah minda
“sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar”
p/s: syukran di atas semangat yang diberikan

Datang tak dijemput....



bismillah.....


sudahkah kita bersiap?

menghadapi sakaratul maut.....

mungkin esok hari terakhir kita..

hari terakhir bersama orang yang dikasihi

hari terakhir untuk kita buat amal

hari terakhir untuk kita menyelesaikan amanah-amanah kita di dunia....


cukup dah ke amalan yang nak kita bawa nanti....?


ntum pernah melihat menziarahi orang meninggal dunia?


saat menziarahi orang yang meninggal dunia sampai mengkafankannya hingga menguburkannya, sambil merenung, berfikir bahawa yang dikafani dan dikuburi tersebut adalah diri kita, di mana ruh kita melihat,

bagaimana jerit tangis keluarga yang ditinggalkan.


Kita pun dicekam ketakutan dengan pertanyaan dalam kubur yang belum tentu mampu untuk menjawa Astaghfirullah....


jadi sahabat-sahabat...

sama-sama kita renungkan kembali amalan-amalan kita?

kita muhasabbah kembali diri kita......


semoga kita tergolong di kalangan orang-orang yang bahagia bertemu dengan Allah, pencipta kita


"Janganlah seorang mati kecuali dia dalam keadaan berbaik sangka terhadap Allah"

(HR.Muslim).

Tuesday, November 24, 2009

Hari-hari dalam hidup Zainab al-Ghazali




salam...

mungkin ramai yang tertanya-tny mengapa ana memilih "Hari-hari dalam hidupku" sebagai "main sentence" blog ana yg tidak seberapa ini...



nama ini ana ambil sempena dengan nama buku "Hari-hari dalam hidupku". Buku ini dicadangkan oleh sahabat ana ketika dalam satu kuliah....



pada mulanya berat juga ana nk membacanya disebabkn ana kurang minat membaca
novel..namun membaca sinopsisnya yang mengisahkan realiti sebenar seorang aktivis, menarik minat ana untuk membaca.



Buku ini mengisahkan Zainab al-Ghazali al-Jubaili adalah seorang aktivis Islam yang sanggup berkorban apa saja demi mempertahankan kebenaran yang beliau yakini.Ukhtie adalah ketua Jama'ah Muslimin yang menjadi sayap kepada Ikhwan Muslimin di Mesir.


Pada era pemerintahan Presiden Jamal Abdul Nasser, puluhan ribu, malah ratusan ribu anggota Ikhwan Muslimin dipenjara dan diseksa. Zainab al Ghazali dengan sepenuh kemampuan yang dimilikinya berusaha sedaya upaya meringankan bebanan keluarga mereka yang dipenjarakan. Pelbagai bantan kebendaan dan rohani dihulurkan.


Rancangan untuk membunuhnya telah dilakukan. Akhirnya beliau ditangkap dan dipenjarakan dan bermulalah siri penyeksaan keatasnya. tetapi Allah telah menyelamatkan beliau. Ketika menghadapi saat-saat penyeksaan di dalam penjara, Presiden Jamal Abdul Naser telah mengarahkan agar beliau diseksa dengan penyeksaan yang berat.


Beliau dipukul dengan tongkat, cemeti, digantung kaki ke atas, dikurung dengan anjing-anjing yang ganas, direndam seharian dalam penjara air, dipenjara dengan tikus dan pelbagai lagi seksaan yang berlaku ke atas dirinya. Namun, beliau tabah menghadapinya dengan penuh yakin akan janji Allah : " Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung".


Akhirnya beliau keluar daripada penjara pada tahun 1971. Semangat serta keyakinan terus membara dan beliau tetap thabat di jalan dakwah.

p/s:
bacalah buku yang bermanfaat kerana ia mempengaruhi pemikiranmu..

Monday, November 23, 2009

Apakah perananmu wahai anak muda?



salam sahibbi yang dikasihi....


kali ini ana ingin membawa suatu kisah seorang anak muda yang berjuang demi agama yang tercinta...Mus'ab bin Umair...
ana tahu di fikiran masing-masing melihat post ini terlalu panjang untuk dibaca
dan ana yakin hanya yang terpilih oleh Allah s.w.t sahaja yang akan membaca post artikel ini.....
Walaubagaimanapun, ana berdoa sahabat-sahabat menjadi orang yang terpilih oleh Allah untuk membaca artikel ini...ameen..
Semoga dengan menghayatinya kisah sahabat Rasulallah s.a.w ini, kita diberi hidayah oleh Allah untuk menjadi pejuang Islam seperti Mus'ab bin Umair...
" baligghu anni walau ayah"
maksudnya: sampaikanlah walau satu ayat

Kisah Mus'ab ini menggambarkan peranan anak muda di zaman Rasulallah s.a.w

Bagaimana dengan peranan kita (anak muda) di zaman sekarang??
sama-sama kita muhasabbah dan renungkan...

Janganlah menjadikan dirimu seperti buih yang tidak berharga seperti di dalam hadith Rasulullah....

~Ayuh bangkit anak-anak muda....
moga kita menjadi golongan yang terpilih berada di jalan Allah......ameen....


"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang pada jalan-Nya dalam barisan yang teratur seolah-olah mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh"

(Surah As-Saff 4)

Pemuda Dakwah, Mus’ab bin Umair adalah sahabat Rasulullah S.A.W yang sangat berjasa dan menjadi teladan kepada umat Islam sepanjang zaman. Sebelum memeluk Islam, dia berperawakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Malah dia selalu bersaing dengan kawan-kawannya untuk berpakaian sedemikian. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Mus’ab menjadi kegilaan gadis di Makkah. Mereka sentiasa berangan-angan untuk menjadi isterinya.


Mus’ab sebenarnya adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik beradiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu tidaklah menghairankan apabila ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Mus’ab telah menganut Islam. Ibunya telah mengurung dan menyeksa Mus’ab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Bagaimanapun tindakan itu tidak sedikit pun melemahkan keyakinannya. Pujukan dan ancaman ibunya tidak berkesan. Mereka sudah habis ikhtiar lalu membebaskannya buat sementara.Tindakan ibunya tidak sedikit pun menimbulkan rasa takut pada Mus’ab, sebaliknya dia tidak jemu-jemu memujuk ibunya memeluk Islam kerana kasih pada ibunya.


Mus’ab membuat pelbagai ikhtiar tetapi semua tindakannya hanya menambahkan lagi kemarahan dan kebencian ibunya.Pada suatu hari Mus’ab melihat ibunya dalam keadaan pucat lesu. Dia pun bertanyakan sebabnya. Kata ibunya, dia telah berniat di hadapan berhala bahawa dia tidak akan makan dan minum sehingga Mus’ab meninggalkan Islamnya. Cuba bayangkan bagaimana jika anda berada di tempat Mus’ab ketika itu, berhadapan dengan ibu yang hanya hampir tinggal nyawa ikan? Apakah jawapan anda? Tergamakkah anda membiarkannya terlantar begitu? Atau apakah ada jawapan lain yang lebih menggembirakan? Dengarlah jawapan Mus’ab kepada ibunya: “Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali”.Apa lagi, lemahlah siibu mendengar jawapan sianak. Dengan jawapan tersebut juga, Mus’ab dihalau daripada rumah ibunya. Tinggallah Mus’ab bersama-sama Rasulullah dan sahabat-sahabat yang sangat daif ketika itu.


Untuk meneruskan kehidupannya, Mus’ab berusaha sendiri bekerja mencari nafkah dengan menjual kayu api. Apabila sampai berita ini kepada ibunya, dia merasa amat marah dan malu kerana kebangsawanannya telah dicemari oleh sikap Mus’ab. Adik-beradik Mus’ab juga sering menemui dan memujuknya supaya kembali menyembah berhala. Tetapi Mus’ab tetap mempertahankan keimanannya.


Sewaktu ancaman dan seksaan kaum Quraisy ke atas kaum Muslim menjadi-jadi,Rasulullah telah mengarahkan supaya sebahagian sahabat berhijrah ke Habysah. Mus’ab turut bersama-sama rombongan tersebut. Sekembalinya dari Habsyah, keadaan beliau semakin berubah. Kurus kering dan berpakaian compang-camping lantaran penyiksaan Quraisy ke atasnya. Keadaan itu menimbulkan rasa sedih di dalam hati Rasulullah.


Kata-kata Rasulullah mengenai Mus’ab sering disebut-sebut oleh sahabat:“Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Mus’ab seorang pemuda yang hidup mewah ditengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itusemua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya”.Apabila ibu Mus’ab mendapat tahu mengenai kepulangannya, dia memujuk anaknya supaya kembali kepada berhala. Dia mengutuskan adik Mus’ab yang bernama Al-Rum untuk memujuknya. Namun Mus’ab tetap dengan pendiriannya.


Bagaimanapun tanpa pengetahuan ibunya, Al-Rum juga sudah memeluk Islam tetapi dia merahsiakannya. Mus’ab, adalah orang pertama diutus oleh Nabi ke Madinah untuk berdakwah. Hasil dakwahnya, pada tahun tersebut 12 orang Madinah Masuk Islam dan bertemu dengan Nabi di Musim Haji untuk mengikat janji setia dengan Nabi(Perjanjian A’qabah 1). Pada tahun berikutnya 70 lagi orang Madinah masuk Islam dan datang ke Mekah di musim Haji untuk berjanji setia dengan Nabi(Perjanjian A’qabah 2).Kejayaan cemerlangnya inilah, pembuka jalankepada Nabi dan para sahabat untuk berhijrah ke Madinah.Sewaktu berlaku peperangan Uhud, Mus’ab ditugaskan memegang bendera-bendera Islam.


Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Mus’ab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru: Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul.Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arah Mus’ab dan menetak tangan kanannya yang memegang bendera Islam. Mus’ab menyambut bendera itu dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Mus’ab terus menyambut dan memeluk bendera itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Mus’ab sebagai syuhada’ Uhud.


Al-Rum, Amir ibn Rabiah dan Suwaibit ibn Sad telah berusaha mendapatkan bendera tersebut daripada jatuh ke bumi. Al- Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Mus’ab. Al- Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya. Tangisannya memenuhi sekitar bukit Uhud. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup jenazahnya. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air mata baginda. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur:


Apabila ditarik kainnya ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik kainnya ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu.Demikian kisah kekuatan peribadi seorang hamba Allah dalam mempertahankankebenaran dan kesucian Islam. Beliau jugalah merupakan pemuda dakwah yangpertama mengetuk setiap pintu rumah di Madinah sebelum berlakunya hijrah.


Kisahnya mempamerkan usaha dan pengorbanannya yang tinggi untuk menegakkan kebenaran. Semua itu adalah hasil proses tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah.Mus’ab telah menjadi saksi kepada kita akan ketegasan mempertahankan aqidah yang tidak berbelah bagi terhadap Islam sekalipun teruji antara kasih sayang kepada ibunya dengan keimanan. Mus’ab lebih mengutamakan kehidupan Islam yang serba sederhana berbanding darjat dan kehidupan serba mewah. Dia telah menghabiskan umurnya untuk Islam, meninggalkan kehebatan dunia, berhijrah zahir dan batin untuk mengambil kehebatan ukhrawi yang sejati sebagai bekalan akhirat.


p/s: Islam tetap akan menang tanpa kita.....kerana janji Allah itu pasti...jadi, sama-samalah kita berdoa supaya menjadi orang terpilih berada di jalanNYA...semoga istiqamah...ameen


"Ya Muqalibbal qulub, sabit qulubana 'ala din nik"....ameen
~ana hanyalah hamba Allah yang lemah yang mencari keredhaan Illahi
salam juang

Thursday, November 12, 2009

Suatu Muhassabah



salam..setelah sekian lama blog ini tidak terhias

alhamdulillah diberi kesempatan untuk ana mengupdate blog yang tidak seberapa ini..

namun ana harap segala perkongsian ilmu dan nasihat amat ana galakkan...


teringat ana pesan ustaz dalam ceramahnya "Pengalaman adalah guru yang terbaik"

ana amat setuju dengan sentence ustaz..

ana akui yang pengalaman yang banyak mengajar kita untuk menjadi lebih baik...

teori melalui pembacaan tidak cukup gah untuk kita mengatakan diri kita hebat dan memandang rendah pada yang lain....

ramai yang hanya tahu tetapi tidak mempraktikkan...


apabila ditanya tentang tarbiyyah

ramai yang akan memberi pandangan masing-masing melalui pembacaan, kuliah-kuliah yang pernah dihadiri....


bila disebut TARBIYYAH...

wah bukan main semngat laungan "takbir!"

INI TARBIYYAH UNTUK KITA...


petikan ini ana petik dari blog abi




Tarbiyah bukan semata-mata fikrah. Tarbiyyah bukan semata-mata kekuatan hujjah. Tarbiyyah bukan semata-mata ilmiyyah...namun ianya adalah proses perubahan melalui pengalaman beramal dengan ilmu..berpegang dengan fikrah..juga pengalaman mengendalikan diri dalam berhadapan arus kehidupan yang penuh dengan kesibukan dan tanggungjawab perjuangan...


Tarbiyyah adalah satu proses merasai pengalaman..bagaimana rasanya berpegang teguh dengan Islam sebagai cara hidup..bagaimana rasanya bila beramal dan merasai lazat beramal..bagaimana rasanya bila berjuang dan merasai pahit getir perjuangan...bagaimana rasanya susah payah perjuangan dan bersabar dalam bersusah payah. Oleh itu ..jika pernah rasa senang maka kena rasa juga susah..jika pernah rasa menang maka kena rasa juga kalah..jika pernah rasa kuat maka kena rasa juga lemah. semua itu memberi pengalaman merasai sunnah dan realiti perjuangan. Barulah seorang pejuang itu menjadi matang dalam tarbiyyahnya...


moga perkongsian kali ini dapat sama-sama kita muhasabbah diri kita semula..

kita hamba yang lemah dan seringkali leka

namun tautan ukhwah fillah I'allah dapat mengelakkn kita dr jatuh ke dunia yang sementara...

sesungguhnya Islam itu agama nasihat...

syukran buat sahabat-sahabat yang menasihati diri ini....


salam perjuangan



Doa Memohon Perlindungan Dari Ilmu Yang Tak Bermanfaat


"Ya Allah, kami berlindung dengan Engkau dari ilmu yang tidak bermanfaat dan tidak berguna. Dan dari hati yang tidak kusyuk.Dan dari doa yang tidak diendahkan dan dari nafsu yang tidak puas-puas dan tiada kenyang-kenyangnya.Ya Allah, kami berlindung dengan Engkau dari syak wasangka dan dari kemusyrikan dan dari munafiq dan dari keburukan akhlak dan budi pekerti.


Tuesday, November 10, 2009

Fahaman Wahabi menular di Malaysia



Gerakan Wahabi diasaskan oleh Imam Muhammad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703 – 1791 M) lahir di Uyaynah utara Riyadh di daerah Nejad Arab Saudi. Bapanya adalah seorang qadhi di Nejad yang berpegang kepada akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah. Selain berguru dengan bapanya beliau juga berguru dengan ulama-ulama Ahlu Sunnah Wal-Jamaah di Mekah dan Madinah. Gurunya yang terkenal di Madinah ialah Syeikh Muhammad Hayat yang menulis kitab Al-Hashiyah ‘Ala Sahih al-Bukhari.


Imam Muhammad bin Abdul Wahhab merupakan seorang ulama’ yang banyak dipengaruhi Mazhab Hanbali tetapi pegangan tauhidnya berasaskan fikrah Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim yang juga bermazhab Hanbali. Beliau tertarik dengan pemikiran dua pemikir dan cuba menghidupkan kembali konsep pemikiran Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim.


Ibnu Taimiyyah ( 1263 – 1328 M) adalah seorang pemikir besar umat Islam. Pemikiran Ibnu Taimiyyah menimbulkan bantahan beberapa ulama berfahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang sedang menguasai pemikiran akidah pada masa itu sehingga ia di penjara, dilarang menulis dalam penjara dan akhirnya meninggal dunia dalam penjara di Damshik Syiria. Ibnu Qayyim (1292 – 1350 M) adalah juga murid kepada Ibnmu Taimiyyah.


Secara umumnya Syeikh Mohammad bin Abdul Wahab muncul ketika pengaruh Mazhab Hanbali sedang merosot dan umat Islam pada masa itu banyak melakukan pencemaran akidah seperti khurafat, bid’ah dan wakil gabenor Turki pula terlibat dengan rasuah. Beliau telah melancarkan reformasi dan pembaharuan di semenanjung Arab dalam usaha membersihkan mengembalikan umat Islam kepada ajaran sebenar al-Quran dan Hadis Sahih Rasulullah s.a.w. Usahanya mendapat sokongan beberapa pemimpin kabilah Arab di Nejad.


Berasaskan gerakan reformasi inilah maka ia berusaha menghapuskan rasuah, segala macam bid’ah, khurafat dan pelbagai perbuatan yang membawa kepada syirik. Penegak-penegak fahaman Wahabi ini juga menamakan fahaman mereka sebagai kumpulan Salafi iaitu kumpulan yang tidak terikat dengan mana-mana mazhab seperti mana yang berlaku di zaman Rasulullah dan kepimpinan sahabat-sahabat selepasnya.


Bagaimana pun terdapat juga penganalisis politik Arab bahawa gerakan Wahabi ini lahir sebagai usaha untuk membebaskan bangsa Arab dari pemerintahan Kerajaan Uthmaniah Turki yang menguasai negara Arab pada masa itu. Muhammad bin Saud (pengasas pemerintah Kerajaan Arab Saudi sekarang) telah memimpin kabilah Arab dan mendapat sokongan British berjaya memerintah Arab Saudi. Muhammad bin Saud dan pengasas fahaman Wahabi itu telah bersatu dalam usaha mengukuhkan kepentingan masing-masing dan usaha mereka berjaya. Kerajaan Uthmaniah Turki gagal mengawal kebangkitan Muhammad bin Saud dan perkembangan gerakan Wahabi kerana sibuk memnperkukuhkan penyebaran Islam di Eropah.


Menurut sumber sejarah ulama Mekah dan Madinah pada awalnya menentang fahaman Wahabi di mana berlaku isu kafir mengkafir yang hebat di antara ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah dengan ulama Wahabi. Bagaimana pun gerakan Wahabi berjaya menawan dua tempat suci itu maka bermulalah fahaman itu bertapak kukuh.


Pada prinsipnya fahaman Wahabi ini membuat terjemahan serta tafsiran al-Quran dan hadis sebulat-bulatnya mengikut fahaman pemimpin mereka serta ditegaskan dengan pendirian keras pergerakan itu. Mereka juga dikatakan menolak fahaman 4 Mazhab utama serta pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.


Menurut K.H Sirajudin Abbas seorang ulama besar Indonesia dalam buku 40 Soal-Jawab Agama menyatakan konsep moden fahaman Wahabi antaranya adalah seperti berikut:


. Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan oleh Ibnu Taimiyyah.
. Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab malah boleh menampal antara satu sama lain (Talfiq).
. Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias.
. Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan).
. Melarang ziarah kubur walaupun maqam Rasulullah s.a.w. Kerajaan Arab Saudi membenarkan Jemaah Haji dan Umrah menziarah Maqam Rasulullah itu adalah atas dasar menziarahi Masjid Nabawi.
. Menghancurkan tugu-tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik.
. Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya.
. Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Isra’ Mikraj dan lain-lain.
Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya.
. Fahaman Asa’ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh.
. Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah.
. Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah.
. Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan tetapi boleh baca dengan lurus sahaja.
. Menghadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang.
. Amalan tariqah dilarang sama sekali.
. Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras.


Fahaman Wahabi menjadi pegangan Kerajaan Arab Saudi yang menguasai Masjidil Haram Mekah dam Masjid Nabawi Madinah. Berdasarkan penguasaan dua tempat suci ini maka fahaman Wahabi terus bertapak kukuh. Malah Kerajaan Arab Saudi menjadi negara Islam paling banyak menyumbangkan dana-dana untuk perkembangan dakwah dan syiar Islam di seluruh dunia.


Di negara kita Kerajaan Perlis Indera Kayangan satu-satunya negeri yang tidak berpegang kepada mana-mana mazhab. Mereka mendakwa berpegang kepada al-Quran dan hadis sahih sepenuhnya seperti mana yang diamalkan di Arab Saudi. Terdapat kalangan pelajar Malaysia yang belajar di Arab Saudi dan mahir dalam selok belok hukum tertarik dengan fahaman Wahabi dan mengembangkannya di Malaysia.


Penerapan fahaman Wahabi di kalangan umat Islam di negara ini yang sejak berkurun lama berakar umbi dengan Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah telah menimbulkan salah faham di kalangan umat Islam. Manakala bagi orang awam yang kurang mahir dalam selok belok mazhab maka lebih baik bertaqlid dengan pegangan mazhab sedia ada.


Hakikatnya fahaman Wahabi tidak membawa pemikiran baru tentang akidah. Mereka hanya mengamalkan apa yang telah dikemukakan oleh Ibnu Taimiyyah dalam bentuk yang lebih keras berbanding apa yang diamalkan oleh Ibnu Taimiyyah sendiri. Perkembangan fahaman Wahabi dan penerapan mazhab lain dalam masyarakat Islam di negara ini tidak dapat dielakan kerana kesan pengglobalan ilmu di dunia hari ini.


Malah dalam penghayatan muamalah dan sisitem perbankan Islam di negara ini dan di dunia sekarang banyak menggunakan kaedah yang terdapat dalam Mazhab Hanafi.

I
Kesimpulannya dari segi tauhid fahaman Wahabi bukan ajaran baru dan juga tidak termasuk antara 73 cabang ajaran sesat seperti mana yang dijelaskan ulama berdasarkan huraian hadis penjelasan 73 ajaran sesat itu.

Tuesday, October 27, 2009

Selamat Menempuh Ujian Dunia Dik...



Jam sudah menunjukkan 7.20pagi.(pagi Ahad)...

ana sudah lewat...ana janji ngn sahabat nk jumpa jam 7.30 pagi....
ana bergegas-gegas...dalam hati berbisik "Ya Allah..aku janji ngn orang nh..."
Salah timing masa lagi...
agak kelam kabut pagi tu.....
enjin kereta pm blum panas lagi....
tengah bergegas tiba-tiba ringtone "ketika cinta bertasbih" dari hp ana..
tangan ana mencari-cari hp dalam handbag

"Ya Allah,mana handphone nh?mesti sahabat dah call nh?asif-asif"
tertera "asrama jah"- nombor asrama adik bongsu ana,faizah@jah...
ada apa ye jah call nh...xde klas ke?atau ada apa-apa yang berlaku?(Hari Ahad, Kelantan sekolah)
berdebar jugak nk angkat.....
"assalamualaikum....ye jah?ado gapo ko?"
dengar suara adik ana dari cerowong hp "kak pah...jah takut..."
"Takut???bakpo?"...terhenti dari jalan yang agak kelam kabut...
hati bedebar-debar. macam-macam perkara yang tertejah dalam fikiran ana
"jah nak exam SPMU nh pasnh..."
fuhh..lega..ana ingat perkara buruk yang berlaku...
tapi ana terkilan juga dengan diri ana sebab kesibukan yang menjengah menyebabkan ana terlupa exam adik ana...
"jah..maaf..kak pah xingat sangat...bakpo jah takutnnya?"ceramah ku sudah bermula..=)
"jah kan dah usaha.....jah xperlu takut...yang penting sekarang jah tawakkal pada Allah...walau banyak mana usaha jah tapi kalu Allah xperkenankan pm kita xkan berjaya...yang penting doa + usaha dan lastly kita tawakkal...DAN paling penting jah belajar kerana Allah...bukan kerana PERIKSA...kak pah xse jah jadi mcm kak pah dulu...betapa menyesalnya kak pah belajar kerana..tapi nak buat gano..nasi sudah menjadi bubur..apa yang kak pah perlu buat sekarang ialah belajar balik...betapa ruginya masa dulu jah.......bla..bla"
panjang lebar ceramah ku....

tapi satu perkaa yang buat aku pelik...
adikku dengar je nasihat aku kali nh...biasanya dia akan cakap
"kak pah nak start ceramah dah=)"
dia pm paham ngn kakak die yang ke 7 nh=)
Tapi kali nh die senyap je...=)
rindu dengar suara la tu=)

Jam menunjukkan 7.30 pagi...kereta dah start..xsampai hati nak gtau jah sebab rasa serba salah sebab lupa exam die...."minta maaf jah"...
banyak perkara yang ana dapat pagi nh...dan yang paling penting masa..

"Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar. (103:1-3)

*merenung diri dalam upaya menghindari kerugian dunia dan akhirat serta berusaha lebih baik di masa depan*

Rantaian Tasbih


Mulutku kumat kamit memuji Kebesaran Allah s.w.t...setitis lagi air mata jatuh ke pipi..
"Ya Allah lemahnya hambamu ini...diuji dengan ujian yang begitu kecil, sudah rasa rebah...Ya Allah kuatkan diriku Ya Allah,ku tahu bukan senang membawa kalimah Lailahaillah ini..Ya Allah...telah kau uji orang-orang sebelumku.. Ya Allah, tidak pernah terlintas di benak ini untuk futur (berhenti di jalan dakwah) dan Nauzubillah Ya Allah....KAU tetapkanlah ku di jalanMu Ya Allah"....

Aku akui bahawa dakwah ini bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai rintangan dan tribulasi akan mendatang bagi memadam aktiviti dakwah ini dari terus bersinar.

Al-Imam Yusuf al-Qardhawi pernah mengutarakan dalam sebuah artikel beliau yang bertajuk bertajuk kewajipan generasi muda islam hari ini.
Kata beliau, Tanggungjawab ini semakin bertambah berat atas ahli dakwah, engkau akan mendapati rintangan-rintangan itu sehingga dalam rumah-rumahmu sendiri, mungkin engkau mendapati ayahmu, saudaramu, sahabat-sahabatmu atau manusia yang lebih dekat darimu yang akan menghalangmu dan mengatakan kepadamu: “mengapa engkau berbuat demikian? Mahukah engkau dipenjara? Mahukah engkau ditangkap? Mahukah engkau diseksa? Mahukah engkau begini dan begitu?”




Namun, adakah kekangan-kekangan ini yang menjadikan aku berduka-cita?

Tidakkah kita pernah terhibur dengan ganjaran-ganjaran besar yang pernah Allah tawarkan kepada mereka yang menyeru kebajikan dan mencegah kemungkaran?


Ya!!!Aku akan teruskanlah berpesan-pesan kepada kebaikan, dan penuh dengan kesabaran kerana aku tidak mahu menjadi Muslim yang pentingkan diri, merasa nikmat Iman dan Islam bersendiri. Islam melarang menjadi Muslim yang pentingkan diri sendiri, Islam menyuruh umatnya menyebarkan dua nikmat tersebut iaitu Iman dan Islam kepada seluruh manusia.

Rugilah sesiapa yang menikmati Iman dan Islam bersendirian, kecuali jika mereka berkongsi bersama nikmat tesebut dengan menjalankan aktiviti dakwah. Sepertimana firman Allah,

“Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran”.
(al-Ashr 103: 2-3)

Ya Allah...thabatkan aku di jalanMU ini...syukran sahabat-sahabat yang sentiasa memberi semangat...

Buatmu sahabat...semoga kita terus kuat menghadapai mehnah dan tribulasi ini kerana janji Allah itu pasti....

Monday, October 12, 2009

~Trouble is a Friend~


Trouble will find you no mater where you go, oh oh.
No Matter if you're fast no matter if you're slow, oh oh.
The eye of the storm and the cry in the morn, oh oh.
Your fine for a while but then start to loose control.

Chorus 1:
He's there in the dark,
he's there in my heart,
he waits in the winds
he's gotta play a part.
Trouble is a friend,
yeah trouble is a friend of mine. oh oh!

Trouble is a friend but trouble is a foe, oh oh.
And no matter what I feed him he always seems to grow, oh oh.
He sees what I see and he knows what I know, oh oh.
So don't forget as you ease on down the road.

Chorus 1

Chorus 2:
So don't be alarmed if he takes you by the arm.
I won't let him win, but im a sucker for his charm.
Trouble is a friend,
yeah trouble is a friend of mine. Oh oh!

Oh how I hate the way he makes me feel.
And how I try to make him leave; I try.
Oh Oh I try!

APA YANG NTUM DAPAT??

Hampir tiap2 hari ana dgr lagu nh dimainkan dlm kelas...
ana xfaham apa yang menarik sgt ttg lagunya...
kawan-kawan sekelas asyik mengulang-ulang lagu nh dan
ad yang buat ringtone msg...
ini membuat ana terfikir mungkin ini salah satu method dakwah...
kenapa orang Islam terutama orang melayu kita sgt suka lagu2 org putih?
si Lenka dari Australia nh berjaya dalam "dakwahnya" menarik umat Islam
kita ke arah makin "lagha" dan terus "lalai" denga hiburan yang mengasyikkan....

Pelbagai cara al-kafirun nh nk menghancurkan umat Islam...kalau di Palestin dan Iraq diorang menggunakan cara kekejaman tapi di Malaysia nh mereka masuk scara halus...iaitu dengan muzik sampaikan umat Islam lupa memikrkan masalah umah....

buat sahabat-sahabat perjuangan ingatlah pesan Hasan al-Banna

Berkata Hasan Al-Banna

"
Wahai Ikhwan! Kamu bukan persatuan kebajikan, bukan parti politik, bukan badan yang ditubuhkan untuk sesuatu tujuan yang terhad objektifnya. Akan tetapi sebenarnya kamu adalah ruh baru yang mengalir di dalam tubuh umat ini lalu ia menghidupkannya dengan Al-Quran. Kamu adalah cahaya baru yang menyinar lalu dengan cahaya Allah kamu menghapuskan kegelapan kebendaan. Kamu adalah suara yang berkumandang tinggi, melaungkan dakwah Rasulullah saw. Adalah suatu hakikat yang tidak keterlaluan jika kamu merasakan bahawa kamu menanggung tugasan berat ini dikala manusia lain lari dari bersusah payah kerananya. Jika dikatakan kepada kamu, “Kearah mana kamu berdakwah?”. Kamu katakan kepadanya, “Kami menyeru kepada Islam yang didatangkan oleh Muhammad saw. Kerajaan adalah salah satu bahagian darinya. Kebebasan adalah salah satu kefardhuan di dalamnya”. Jika dikatakan kepada kamu, “Ini dah masuk bab politik!”. Kamu katakan, “Ini adalah Islam. Kami tidak tahu pecahan-pecahan yang anda katakan itu”.


Pesanan-pesanan Hasan al-Banna ini memberi banyak idea kepada ana dalm melakukan reformasi dakwah masa kini..mungkin kita juga boleh menggunakan pendektan berdakwah melalui muzik?

ana mengambil peluang ini dengan mendengar lirik-lirik lagu
"Trouble is a Friend"..

ana tertarik dengan lirik-lirik dalam lagu nh terutama rangkap

"Trouble will find you no mater where you go, oh oh. No Matter if you're fast no matter if you're slow, oh oh. The eye of the storm and the cry in the morn, oh oh. Your fine for a while but then start to loose control."

Orang Kafir pn tahu yang masalah itu kawan kita...
cuma cara kita dan cara orang Kafir menghadapi ujian yang berbeza
Orang-orang beriman akan menghadapi Ujian Allah ini dengan penuh kesabaran kerana yakin dengan janji-janjiNYA


Orang- orang beriman tahu setiap ujian ada hikmah2 kebaikan dari Allah SWT yang tidak dapat dicungkil oleh akal biasa manusia.

Antaranya:-

HAKIKAT 1 : Menghapus dosa dan meningkatkan darjat

Ada dua tujuan besar yang tersirat daripada ujian Allah SWT, iaitu:-

1) Untuk menghapus dosa (jika ia seorang fasiq atau zalim), dan

2) Untuk meningkatkan darjatnya di sisi Allah SWT (jika ia tidak punya dosa!).

Ringkasnya, Allah nak bagi pahala kepada orang yang sabar dan redha dengan takdir illahi.


Tuesday, October 6, 2009

BERSATU



BERSATU

Artist: Raihan
Song Category: Nasyid

Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati
Buangkan yang keruh ambillah yang jernih
Tiada yang lebih berharga selain dari perpaduan


Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan


Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan


Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati


Bersatu kita teguh bercerai kita roboh
Yang berat sama dipikul
Yang ringan dijinjing sama


Sepakat membawa berkat asas hidup bermasyarakat
Amalkan hidup yang sihat selamat dunia akhirat


Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan ( 2X )


Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan

...Nasihat buat sahabat perjuangan......




Wahai Ikhwan, terutama mereka yang bersemangat ingin cepat menang di antara kamu. Dengar dariku kalimat yang tinggi berkumandang dari atas mimbar di Muktamar ini.

Sesungguhnya Jalan kamu ini telah digariskan fasa-fasanya, telah diletakkan garis panduannya. Aku tidak akan menyalahi garis-garis panduan yang aku amat menyakini bahawa ia adalah Jalan yang paling selamat untuk sampai (ke matlamat). Memang, kekadang ia Jalan yang panjang, tetapi tidak ada jalan yang lain.

Kehebatan seseorang akan terpancar melalui kesabaran, teguh, bersungguh dan bekerja tanpa henti. Sesiapa dikalangan kamu yang gopoh ingin memetik buah sebelum masak atau memetik bunga sebelum kembang, maka aku sekali-kali tidak bersama dia. Elok sekiranya dia meninggalkan Dakwah ini dan pergi ke perjuangan-perjuangan lain

(Assyahid Imam Hasan Al-Banna)

Monday, October 5, 2009

Rejim Zionis semakin KEJAM!!!


Written by admin from http:// on October 2nd, 2009 | 0 Comments

Jumaat, 02/10/2009 – Pihak Keselamatan Ramallah menyekat penghantaran bekalan ubat yang kini kian meruncing di Semenanjung Gaza pada tahun ini dan mengurangkan jumlahnya kepada separuh, jelas Munir Al-Barsh, Pengarah Farmasi dari Kementerian Kesihatan. Beliau menambah dalam satu kenyataan pada Rabu, bahawa pihak pentadbiran Ramallah sengaja menimbulkan masalah buat pe di Gaza dan menjadi kejam di bawah telunjuk Zionis-Israel. Barsh juga dipetik berkata, Ramallah juga bertanggungjwab bersama rejim Zionis dalam membunuh nyawa rakyat Palestin.


Beliau memberi amaran, masalah bertambah rumit selepas bahan ubatan semakin berkurang dan baki yang tinggal pula semakin menghampiri tarikh luputnya. Barsh menyeru kepada seluruh pejuang hak asasi manusia, Pasukan Palang Merah, Liga Arab da OIC yang kini menyambut ulang tahun ke-40 penubuhannya, supaya segera bertindak membuka segala sekatan yang berlaku di Gaza bagi membenarkan ubatan dan segala bekalan keperluan masuk bagi menyelamatkan nyawa rakyat Palestin.


Sementara itu, Menteri Kesihatan di Gaza mengumumkan, seorang kanak-kanak berumur 9 tahun di Breij, di tengah-tengah Semenanjung Gaza, maut selepas menderita akibat kegagalan menerima bekalan ubat dan rawatan yang sepatutnya. Menteri tersebut juga menyatakan, kanak-kanak terbabit, Bara’a Issa merupakan mangsa ke 359 penyembelihan Israel terhadap rakyat Palestin, dan menyeru masyarakat antarabangsa membebaskan dunia dari kekejaman Zionis dan berdiri bersama-sama rakyat Gaza dan Palestin keseluruhannya.


sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/


DOA QUNUT NAZILAH

اللهم أَعِزَّ الإسلامَ و المسلمين , اللهم أَذِلََّ الشِركَ و المُشرِكِين , أللهم انْصُرْ اخوانَنَا المسلمين و المجاهدين و المُسْتَضْعَفِين , فى فلسطين و فى لُبْنَان و فى العراق وفى كل مكان و فى كل زمان.

Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di Palestine, di Lubnan, di Iraq dan di semua tempat dan di semua masa.

اللهم دَمِّرْ أعْدَائَك أعداءَ الدِّين , اللهم أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِرْكَ و المُنَافقين , اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك

Ya Allah ! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mua) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.

يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله , يا رب العالمين

Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai Allah!!

اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب , اِهزِم الكفار , اهزم اليهود , اهزم الهنود , اهزم أمريكا ومن وَلَّا هُم , وانصُرْنا عليهم

Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan langit, tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi, kalahkan hindu, kalahkan amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.

اللهم انت قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء , نَشْكُوا ضُعْفَ قوتِنا , اللهم انت ربنا و نحن عبادك

Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.

اللهم ارْزُقْنا شهادةً فى سبيلك , ربنا أتنا فى الدنيا حسنة و فى الأخرة حسنة , وقنا عذاب النار

Ya Allah! Rezkikan kepada kami Syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari Azab neraka.

وصلى الله على رسوله الكريم , و على أله و صحبه أجمعين , و الحمد لله رب العالمين

p/s: sama-samalah kita membaca doa qunut nazilah selepas solat.
<<<<<>>>>

Sunday, September 27, 2009

Renungan buat Da'ei

"Nabi Yunus menyeru pada kaumnya

Sembahlah Allah Yang Maha Esa

Tinggallah berhala yang tidak bernyawa

Jauhi perbuatan yang sia-sia Seruan Nabi tidak diterima

Nabi diejek dan Nabi dihina

Baginda tidak berputus asa

Walau dicaci walau dihina

Akhirnya Nabi merasa hampa

Umatnya masih menderhaka

Lalu dia pergi membawa hati Ke tepi pantai seorang diri

Kapal pedagang Baginda menumpang

Membawa diri ke rantau orang

Malangnya laut bergelombang
Hampir karam ditengah lautan

Bila diundi Nabi merelakan

Terjun ke laut penuh bergelora

Baginda ditelan ke perut Ikan Nun

Gelap gelita tidak terkira

Sedarlah baginda akan silapnya

Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa

Menangislah Nabi penuh duka

Memohon Ampun dari Tuhannya"

Sambutan Raya



.

Alhamdulillah seperti hari raya sebelum ni, pagi selepas solat subuh ana terus gi dapur cari ma ana..

ana: " Ma......Ma, pah minta maaf kalu ada salah silap, pah takut kalau pah ada membuat hati ma terasa ngan pah secara sengaja atau tidak....pah sayang ma.."

seperti tahun sebelumnya.....Ma ana tersenyum...ana faham akan senyuman itu=)


“Dan Kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.”

(Surah Al-Ahqaf, ayat 15)


setrusnya ana cr abah ana

ana: "abah, pah minta maaf"...

“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan bapa.”
(Hadits riwayat At-Tirmidzi)

Hari Raya menandakan kesyukuran Umat Islam di atas kejayaan mereka melaksanakan fardhu puasa sepanjang bulan Ramadhan dan menandakan kemenangan mereka dalam perjuangan menahan hawa nafsu dari perkara-perkara yang ditegah di dalam bulan puasa.


Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan, pertama kegembiraan ketika mereka berbuka dan kedua kegembiraan mereka ketika bertemu dengan Tuhannya yang Maha Pemurah.


Kemuliaan Hari Aidil Fitri diterangkan oleh Allah di dalam Al-Quran dan oleh Rasulullah di dalam beberapa hadisnya. Oleh kerana itu kita Umat Islam amat digalakkan untuk menghidupkan Malam Hari Raya sama ada Hari Raya Puasa atau Hari Raya Korban. Sehubungan dengan ini Allah berfirman di dalam Al Quran.


Ertinya: Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan supaya kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid serta Takdis kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.





Rahsia Kejayaan Umar Al-Khattab mewarisi Rom dan Parsi


surat daripada Umar al-Khattab:
"Sesunguhnya saya menyuruh kamu dan tentera-tentera yang bersama kamu supaya
yakin kepada Allah adalah sebaik-baik persiapan bagi melawan musuh dan sebaik-baik strategi dalam peperangan. saya menyuruh kamu dan orang yang beramal kamu menjaga diri daripada melakukan maksiat dan berhati-hati pada musuh-musuh kamu. dosa-dosa tentera lebih diambil waspada daripada menghadapi musuh-musuh. jika tidak demikian, maka kita tidak mempunyai kekuatan kerana jumlah kita tidak seperti jumlah mereka. Jika kita sama dengan mereka dalam kemaksiatan, maka mereka melebihi kita dalam kekuatan, kita tidak menang disebabkan kelebihan kita dan kita tidak mengalahkan mereka dengan kekutan kita.

Ketahuilah kamu semua di bawah penjagaan malaikat-malaikat Allah. Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan. Maka malulah kepadanya dan janganlah berbuat kemaksiatan kepada Allah edangkan kamu berada di jalan Allah. Dan jangan kamu katakan musuh kita lebih buruk daripada kita dan mereka tidak dapat menguasai kita. banyak kaum yang menguasai mereka yang lebih buruk daripada mereka seperti kaum yang mengusai bani Israel (yang mengerjakan perkara yang dibenci oleh Allah) iaitu orang Majusi (maka mereka mengintai lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau dan ebenarnya peristiwa itu adalah satu janji yang tetap berlaku). Mintalah pertolongan Allah terhadap diri kamu sekalian seperti kamu meminta kemenangan atas musuh-musuh kamu. Saya mohon kepada Allah supaya selalu memberikan kemudahan kepada kami dan kepada kamu semua"


Semoga Allah mendatangkan kebaikan padamu wahai Umar. Alangkah besar asas-asas ini yang mengajar kita sebab-sebab kemenangan dan syarat-syarat mendapatkan pertolongan Allah. Jika kamu membela agama Allah maka Dia akan membela kamu jalan kemenangan. Terutama pada hari ini kita perlu kembali menuju jalan bagaimana pertolongan-pertolongan orang dahulu perolehi kerana mentaati Allah. Semoga Allah memberikan kita kemenangn dan jalan keluar. Ini adalah ketetapan Allah (sunnatullah), undang-undang Allah yang sudah lalu dan kamu tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi sunnatullah itu.

Sunday, September 13, 2009

Kenangan lalu~





salam.....

selamat hari lahir buat sahabat yang menyambut hari lahir pada hari ini.....

buzz...buzzz....hp ana berbunyi...
Msg daripada sahabat ana.....
msgnya berbunyi.....


"Adakalanya kita perlu Menangis,
agar kita tahu hidup ini bukan sekadar Ketawa,
Dan..........
Adakalanya kita perlu Ketawa,
agar kita tahu mahalnya nilai Air Mata...."

"bersyukur pada orang yang Menyakitimu kerana
dia yang Menabahkanmu.....

Bersyukur pada orang yang tak Mengendahkanmu kerana
dia yang Memupukmu Berdikari....

Bersyukur pada orang yang Menjatuhkanmu kerana
dia yang Memperhebatkan kemampuanmu...

Bersyukur pada orang yang Menyiksamu kerana
dia yang menguji Kesabaranmu dan Ketabahanmu......"


syukran sahabat kerana sentiasa memberi semangat buat ana
untuk memulakan satu "turning point" perubahan diri......
kerana setiap pada kita mampu berhijrah ke arah kebaikan......

dugaan menjadikan mental kita kuat
masalah menjadikan kita berfikir
huru hara menjadikan kita tabah.......

nasihat daripada naqibah ana
THINK POSITIF........

"syukran kak....."

kuatkan hubungan dengan Allah......
I'allah
~hasbunallahu wa ni'mal wakil"~
salam perjuangan sahabat-sahabat...=)

Wednesday, September 9, 2009

10 muwasafat tarbiyyah







Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan dari manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang daie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna.
Sifat-sifat yang perlu ada pada diri duah ialah:



1. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
· Dakwah berat tanggungjawab dan tugas – perlukan badan yang sihat dan kuat.
· Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.
· Pesanan al-Banna:
· Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan.



2. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
· Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.
· Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.



3.Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
· Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
· Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
· Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
· Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.



4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
· Walaupun kaya, perlu bekerja.
· Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
· Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
· Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
· Menjauhi riba dalam semua lapangan.
· Menyimpan untuk waktu kesempitan.
· Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
· Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.

5. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
· Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
· Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
· Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
· Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
· Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
· Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).

7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
· Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
· Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
· Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
· Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
· Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.
· ..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.

9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
· Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
· Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
· Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
· Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai.
· Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
· Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.




p/s: Khas buatmu jundullah.....


"Andai perjuangan ini mudah,

Pasti ramai yang menyertainya,

Andai perjuangan ini singkat,

Pasti ramai yang istiqamah,

Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia

Pasti ramai yang tertarik padanya,


TAPI,....


Hakikat perjuangan bukan begitu,

Turun naiknya,

sakit pedihnya,

umpama kemanisan yang tak terhingga....



Andai rebah, BANGKITLAH semula.....

Andai terluka, ingatlah janjiNYA.....


~sama-sama kita berdoa semoga istiqamah~

.....INSYA ALLAH....

~hasbunallahu wani'mal wakil~

Sunday, September 6, 2009

Hadith Rasulallah

Sabda Rasulullah SAW,
“Hampir tiba satu masa seluruh manusia akan mengerumuni kamu seperti orang yang ingin makan mengerumuni hidangan.
Sahabat bertanya, “Apakah kerana kami sedikit ya Rasulullah?”
Maka baginda SAW menjawab, “Tidak, bahkan bilangan kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah akan mencabut rasa gerun di hati kamu terhadap musuh kamu, dan Allah mencampakkan penyakit wahan ke dalam hatimu.
Sahabat bertanya, “Apakah wahan itu?”
Baginda SAW menjawab, “Cintakan dunia dan takutkan mati”
(Abu Daud)