Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, May 23, 2010

~Munajat insan hebat:Rabiatul Adawiyah~



Munajat Rabiatul Adawiyyah;

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”

Kekasihku, tidak menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Dalam hati tiada yang lain melainkan Dia, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan diriku tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!

“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah alpa dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”


p/s:
"Ya Allah jadikanlah hatiku seberbersih, sesuci Rabiatul Adawiyah...lemahnya insan ini...hanya padaMU sahaja Ya Allah...."

Friday, May 14, 2010

Tegurlah dengan berhikmah...




"Berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu memberi makna kepada orang mu'min"...


alhamdulillah petang Jumaat yang baik ini ana diberi kelapangan lagi untuk menulis wadah maya ini...hajat awalnya nk membaca buku EDU kerana minggu pepriksaan sudah menjelma tiba namun hasrat ana terbantut melihat diari kesayangan ana yang ana sering bawa ke kuliah-kuliah dhuha dan ceramah-ceramah... membelek helaian demi helaian sambil koreksi diri ana yang lemah lagi jahil ini...

pantas ana terfikir untuk berkongsi apa yang ana telah tuliskan dalam diari tercinta ini. moga perkongsian yang sedikit ini dapat membantu ana di akhirat kelak..ameen..

terhenti ana di helaian

"jadikan diri kamu anak-anak akhirat, jangan jadikan diri kamu anak-anak dunia"

dunia hanyalah tempat kita bekerja mengumpul hasil... di akhirat kelaklah tempat hasilnya....
"Ya Allah, kau jadikanlah aku tergolong sebagai anak-anak akhirat.."

helaian demi helaian, terhenti ana di helaian yang bertarikh 19/03/2010... kitab:Minhaj abidin...

"addin annasihah"
~Islam itu adalah agama nasihat

merenung sebentar ayat yang begitu mendlm ini...dalam kuliah dhuha yang disampaikan oleh Ustaz Zul iaitu mudir pondok baitul qura' wal ilmi sabtu lepas, ana terkesan dalam huraian hadith sahih riwayat Baihaqi daripada Anas Raidhiyallahu 'anhu...(ana xsempat untuk menyalin hadith tersebut dengan lengkap disebbkan ustaz fasih membacanya)...

dalam huraian hadith tersebut ustaz ada menerangkan akibat kekuatan iman seseorang, Allah mengurniakan hambanya dengan beberapa nikmat:

1)Allah mengurniakannya ilmu dan hikmah
2)Allah tidak memberikannya iman yang berwarna-warna (iaitu pada siangnya dia taat, pada malamnya dia membuat maksiat
3) ilmunya itu mendorong kepada ketaqwaan (dan beberapa lagi hikmah ana yg xsempt disalin)

sesetengah pendakwah yang tidak diberikan hikmah oleh Allah s.w.t akan menyebbkan fitnah yang besar. sebab itu pendakwah kena banyak bersabar dan berlemah lembut dalam menyampaikan serta dalam memberi nasihat.
niat dakwah yang nak disampaikan itu baik, tetapi apabila Allah tidak memberikan hikmah dalam menyampaikan dakwah, maka akan timbul fitnah dan bahaya....

"tiada hikmah bagi orang yang jahil, dan bagi orang yang kasar (bersikap kasar terhadap orang lain) dan orang yang suka terburu-buru dalam membuat keputusan"

jadi sama-samalah kita merenung dan muhasabbah kembali diri kita... mungkin betul kita ingin menegur, tapi biarlah berhikmah dan bersabar...apa2 yang berlaku kembali kepadaNYA...

teringat ana sewaktu kuliah di kelate...
"kito sokmo keno raso kito jahil supayo kito sokmo tuntut ilmu...mati tu biar dalam iman dengan hati penuh ilmu..."

teguran buat diri yang lemah ini...

"Ya Allah, tambahkan ilmu agama yang bermanfaat, matikanlah aku dalam husnul khatimah...Ya Allah"..ameen



Sunday, May 2, 2010

Pendirian GAMIS berhubung isu APCO



Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia(GAMIS) dengan ini bertegas dengan pendirian membantah sepenuhnya berkaitan isu kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan syarikat APCO worldwide sebagai perunding komunikasi bagi membersihkan imej negara diperingkat antarabangsa.


Usaha yang dilakukan kerajaan ini, adalah untuk menaikkan imej negara dalam masa yang sama untuk menarik pelabur asing masuk. Walaupun perkara ini mungkin memberi nilai positif, namun hakikat yang perlu disedari ialah jelasnya syarikat ini dimiliki oleh golongan yahudi yang sememangnya tiada agenda lain untuk memusuhi ummat Islam.

Diperingkat GAMIS, kami amat rasa begitu terkilan dengan isu ini, perbelanjaan yang perlu dibayar pada syarikat ini dianggarkan mencecah RM 77 juta setahun dan jumlah ini diakui sendiri Menteri Dalam Negeri Dato` Seri Hisyamuddin. Sedangkan nilaian ini amatlah begitu besar kepada rakyat Malaysia dalam keadaan ekonomi negara yang agak kurang stabil pada ketika ini.

Presiden GAMIS Sdr Idris Yussoff dalam kenyataan, pada masa sekarang negara Israel adalah Negara yang tidak sama-sekali diiktiraf di dunia Islam malah menjadi ancaman bagi ummat Islam, tetapi sebaliknya kerajaan Malaysia sanggup untuk menerima agen yahudi ini sebagai perunding imej kepada Negara dengan bayaran yang tinggi, ini amat memalukan. Sepatutnya kerajaan perlu menghormati hak rakyat dan mengutamakan kebajikan rakyat terlebih dahulu.

"Kami mahasiswa Islam betegas dengan prinsip bahawa tidak sesekali setuju dengan penggunaan APCO sebagai perunding imej bagi kerajaan Malaysia pada hari ini, tindakan kerajaan Malaysia ini seolah-olah, kita Malaysia berpura-pura kononnya sayang dan simpati kepada saudara kita di Baitul Maqdis, sedangkan golongan yahudi inilah yang membunuh ummat Islam Palestin". Tegasnya ketika berucap pada himpunan menbantah APCO di Kuala Lumpur.

Pendirian yang sama dinyatakan Pengerusi GAMIS Perak iaitu Sdr Firdaus yang mewakili suara para mahasiswa di negeri tersebut.

"Kami dengan tegas menyatakan pendirian anak-anak muda negara, bahawa tindakan kerajaan tersebut merupakan sesuatu yang amat dikesali. Bukan sahaja wang rakyat disalurkan untuk dibayar kepada pihak yang tidak betul, malah seolah-olah menampakkan umat Islam di rantau ini sudah semakin redha dengan tindakan rejim ganas zionis terhadap umat Islam Palestin di Gaza. Rahsia-rahsia negara juga sudahpun diketahui oleh pihak luar yang sememangnya membuka ruang ancaman keselamatan seluas-luasnya kepada negara". Jelasnya ketika perhimpunan membantah APCO diadakan di Perak baru-baru ini.

Pendirian GAMIS, kami sesekali tidak akan berkompromi berkaitan dengan usaha dan kerjasama kerajaan Malaysia dengan mana-mana agen yahudi. GAMIS sebagai sebuah badan pertubuhan NGO juga bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak mahupun agensi bagi menghalang kemasukan agen yahudi ke Malaysia.

*ucapan Presiden Gamis berkaitan isu APCO di TV@gamis

sumber:
www.mygamis.blogspot.com