Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, October 27, 2009

Rantaian Tasbih


Mulutku kumat kamit memuji Kebesaran Allah s.w.t...setitis lagi air mata jatuh ke pipi..
"Ya Allah lemahnya hambamu ini...diuji dengan ujian yang begitu kecil, sudah rasa rebah...Ya Allah kuatkan diriku Ya Allah,ku tahu bukan senang membawa kalimah Lailahaillah ini..Ya Allah...telah kau uji orang-orang sebelumku.. Ya Allah, tidak pernah terlintas di benak ini untuk futur (berhenti di jalan dakwah) dan Nauzubillah Ya Allah....KAU tetapkanlah ku di jalanMu Ya Allah"....

Aku akui bahawa dakwah ini bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai rintangan dan tribulasi akan mendatang bagi memadam aktiviti dakwah ini dari terus bersinar.

Al-Imam Yusuf al-Qardhawi pernah mengutarakan dalam sebuah artikel beliau yang bertajuk bertajuk kewajipan generasi muda islam hari ini.
Kata beliau, Tanggungjawab ini semakin bertambah berat atas ahli dakwah, engkau akan mendapati rintangan-rintangan itu sehingga dalam rumah-rumahmu sendiri, mungkin engkau mendapati ayahmu, saudaramu, sahabat-sahabatmu atau manusia yang lebih dekat darimu yang akan menghalangmu dan mengatakan kepadamu: “mengapa engkau berbuat demikian? Mahukah engkau dipenjara? Mahukah engkau ditangkap? Mahukah engkau diseksa? Mahukah engkau begini dan begitu?”




Namun, adakah kekangan-kekangan ini yang menjadikan aku berduka-cita?

Tidakkah kita pernah terhibur dengan ganjaran-ganjaran besar yang pernah Allah tawarkan kepada mereka yang menyeru kebajikan dan mencegah kemungkaran?


Ya!!!Aku akan teruskanlah berpesan-pesan kepada kebaikan, dan penuh dengan kesabaran kerana aku tidak mahu menjadi Muslim yang pentingkan diri, merasa nikmat Iman dan Islam bersendiri. Islam melarang menjadi Muslim yang pentingkan diri sendiri, Islam menyuruh umatnya menyebarkan dua nikmat tersebut iaitu Iman dan Islam kepada seluruh manusia.

Rugilah sesiapa yang menikmati Iman dan Islam bersendirian, kecuali jika mereka berkongsi bersama nikmat tesebut dengan menjalankan aktiviti dakwah. Sepertimana firman Allah,

“Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran”.
(al-Ashr 103: 2-3)

Ya Allah...thabatkan aku di jalanMU ini...syukran sahabat-sahabat yang sentiasa memberi semangat...

Buatmu sahabat...semoga kita terus kuat menghadapai mehnah dan tribulasi ini kerana janji Allah itu pasti....

No comments:

Post a Comment