Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, March 26, 2010

Mujarabnya Rabitah Hati

ma pendorong inspirasi dan abah contoh bapa yang terbaik




anak-anak saudara yang dirindui

salam...alhamdulillah sudah seminggu ana menjalankan praktikum di SK Ujong Pasir yang terletak kira-kira 10 minit dari tempat ana belajar...Sekolah nh terletak di tengah-tengah bandar berdekatan dengan Kampung Portugis.

Yang menariknya sekolah ini, terdapat ramai anak-anak berbangsa portugis di sekolah tersebut. pada mulanya risau juga ana sebab bahasa pengantar orang portugis adalah bahsa inggeris. terfikir sejenak bagaimana nak berkomunikasi ngn anak-anak yang fasih berbahasa Inggeris ini sebab ana bukanlah fasih berbahasa Inggeris. Tambahan pula kita tak dapat membezakan rupa mereka sebab rupa mereka seiras rupa anak-anak melayu.

Namun alhamdulillah ana bersyukur kerana dipermudahkan Allah segala urusan bermula dengan hari pertama praktikum.. guru-gurunya baik belaka dan yang penting peramah termasuk guru pembimbing ana, Pn Zalina.

Ana dapat jadual waktu pada hari pertama praktikum, tapi ana meminta untuk mengajar pada hari Jumaat sebab "kegusaran" itu masih ada..=)alhamdulillah, Pn Zalina sene kiro (oghe klate oyak)..ana mengajar subjek major, Matematik kelas 2 Gemilang dan subjek minor, English 4 Cekal. tiap2 waktu Pn. Zalina, ana akan masuk kelas beliau melihat sendiri suasana kelas dan performance anak-anak.


Pada Hari Rabu Pn Zalina suruh ana menggantikan kelas beliau.Pn Zalina suruh ana perkenalkan diri dulu dan berkenalan dulu dengan bakal anak murid..MasyaAllah agak terkejut juga ana waktu 2....mind set ana, ana akan ajar hari Jumaat.


Waktu 2 bermain di minda ana apa yang perlu aku buat nanti... time belajar ilmu Pendidikan, lecturer ana, Dr. Tan selalu gtau " the important thing you have to do when you go to the class is state the rules!"....kawan praktikum yang lain gtau " wut muka garang, jangan gelak2,supaya diorang takut ngn kita"..(terpikir gak ana, cmna la nk wut muka garang=)...banyak la tips2 yg dibagi tapi apa yang terlintas di fikiran ana pada waktu itu doa rabitah..kerana doa rabitah ini dapat mengikat hati....


ana bukan inginkan anak-anak murid takut dengan ana, tapi ana inginkan mereka berasa dekat dengan ana. ana inginkan mereka mengambil contoh teladan yang baik daripada ana.

Dan alhamdulillah, ana berasa dekat dengan mereka. berasa sayang pada mereka. tak tergambar kasih ana pada mereka seperti ana sayang anak-anak saudara ana sendiri.

Hari nh ana mengajar depa. Mereka lewat 15 minit sebab mereka kena berkumpul di dataran sebelum masuk ke kelas. perkataan pertama yang terkeluar dari salah seorang daripada anak murid ana "Yea Yea Teacher Afifah masuk lagi"....ana terharu sebab mereka gembira ana masuk ke kelas mereka...

Walaupun steps lesson plan lari disebabkan kelewatan, ana gembira mereka faham apa yang ana ajar. bagi ana, ana xkisah diorang bising sebab harapan ana supaya diorang faham apa yang ana ajar. InsyaAllah ana akan terapkan sedikit demi sedikit nilai-nilai Islam pada diri mereka.

Tips kalau depa bising:

time antum mengajar, tapi diorang bising, antum senyap dan tadah tangan dan baca doa "Ya Allah, jadikanlah anak-anak ini anak-anak yang baik dan anak yang mendengar kata guru.... "ameen...InsyaAllah depa akan tadah tangan dan senyaplah depa...=) (guru cemerlang sekolah ana ajar, Cikgu K...syukran kak)