Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, December 10, 2009

Tugas guru mengajar atau mendidik?



salam...

alhamdulillah..kali ini ana ingin membawa suatu perbincangan bersama sahabat-sahabat...

iaitu tugas guru mengajar atau mendidik?

apa beza mengajar atau mendidik?


mengajar = ta'lim

mendidik = tarbiyyah


sama-sama kita "membuka minda" kita untuk berfikir..


kerana yg membezakan kita dengan makhluk yg lain ialah 'aqal


Rasulullah s.a.w menyebut betapa tingginya nilai nikmat 'aqal ini dalam sabdanya:


"Allah tidaklah mencipta suatu kejadian yang lebih mulia dari 'aqal"


ana disini bukanlah untuk menghuraikan nikmat 'aqal itu sendiri tapi bagaimana kita menggunakan ciptaan Allah ini dengan sebaiknya kerana 'aqal yang digunakan dengan baik akan memperoleh ilmu yang berguna yang mana ilmu ini kelak akan menghampirkan diri dengan Allah s.w.t mengetahui keagungan Allah serta kekuatanNYA...


berbalik kepada tugas atau peranan guru....

apa pendapat ntum?

tugas guru mengajar atau mendidik atau kedua-duanya sekali....?


banyak pendapat yang ana dengar apabila berbincang isu ini...

secara jujur ana katakan masing-masing menjawab menggunakan ilmu yang ada pada masing-masing...tidak salah ana katakan untuk mengeluarkan pendapat..

tapi bukankah lebih bernas jika kita bersandarkan quran dan sunnah?

(teguran buat ana juga)


Apakah baginda membawa ajaran atau didikan?


Jawapannya,kedua2nya dirangkumkan oleh baginda.bukan sekadar hanya mengajar,yakni memberikan maklumat,tetapi mendidik yakni mengasuh jiwa dan hati.mengajar ataupun ta’lim maknanya kita memberi pengetahuan dan maklumat mengenai sesuatu perkara.inilah yang diajarkan dan dibawa oleh Baginda.Kita semua maklum,baginda datang dengan menbawa berita,bukan hanya berita gembira dengan adanya syurga tetapi juga dengan berita duka dengan adanya neraka.baginda mengajarkan kita,bahawa syurga adalah balasan bagi mereka yang melakukan kebaikan dan amalan soleh,manakala neraka adalah balasan bagi mereka yang ingkar dan melakukan kemaksiatan kepada Allah.Nabi s.a.w menyampaikan semua maklumat di atas,yang mana dengan demikian itu manusia yang asalnya tidak tahu,lantas menjadi tahu.ini yang dimaksudkan sebagai mengajar.Contoh yang lain,antaranya Nabi mengajarkan mengenai rukun2 solat,bagaimana hendak melakukan taat,bagaimana hendak berzakat dan sebagainya.


Dalam masa yang sama,Baginda tidak mengabaikan aspek didikan yang disebut sebagai Tarbiyyah.inilah saudara kembar kepada Ta’lim.tidak cukup hanya sekadar tahu bahawa adanya syurga bagi yang melakukan amal soleh,tetapi lebih daripada itu adalah bagaimana cara sebenar melakukan amal soleh dan amal ubudiyyah yang lain untuk mendapatkan syurga.dengan kefahaman dan tarbiyyah,maka manusia menjadi lebih terdidik jiwanya,sehinggalah sampai kepada peringkat melakukan amal ubudiyyah kepada Allah hanyalah semata2 mengharapkan Mardhotillah,iaitu keredhaan Allah,bukan lagi mengharapkan syurga.


jadi sama-sama kita muhasabah

bagaimana untuk kita (sebagai guru) nak mendidik generasi akan datang sekiranya diri kita sendiri tidak terdidik? (sama-sama renungkan)


p/s: TAHU.....FAHAM.....AMAL

Tuesday, December 8, 2009

Langkah Tercipta UNIC



Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.


Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.


Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,setiap diri insan.


Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.


Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,

segalanya dariMu.

...REDHA....



Tika saat ini,
Hatiku meronta mendamba pengertian orang yang amat aku kasihi
Aku pasrah dengan ketentuanNYA
Aku harus akur akan perintah orang yang kukasihi….
Walaupun jauh di sudut hati
Aku ingin menghabiskan sisa hidupku dengan ISLAM
Ingin bersama-sama sahabat yang faham apa itu perjuangan
Ingin bersama-sama sahabat-sahabat berjuang kerana Allah..
Kerana di luar sana masih ramai hati-hati yang kosong
Dan rindukan sentuhan iman…
Aku ingin menjadi penawar bagi mereka

Namun ku tahu…
Hati yang ingin berjuang kerana Allah ini akan disinggah dengan pelbagai ujian
Kerana hakikat perjuangan itu tersangat sukar
Untuk aku tempuhi..
Aku telah bersedia dengan musibah-musibah yang bakal kutempuhi
Namun aku masih takut untuk menghadapi musibah yang aku fikir musibah tak mampu untuk aku hadapi
Namun Allah tahu aku mampu menghadapinya….


Mehnah itu menjengah tiba
apabila orang yang kusayangi tidak mengerti…


saban hari kutitipkan doa padaMu Ya Allah…
supaya diberi petunjuk yang lurus
serta dilembutkan hati orang yang kukasihi
namun ujian itu datang berkunjung tiba jua
kupasrah dan redha Ya Allah
kerana Hanya KAU yang tahu hikmah di sebalikNYA
malah Hanya KAU yang tahu aku mampu menghadapinya…..

dingin pagi
hari berlalu penuh dengan sendu..
saat ini kicauan burung bagai turut memhami perasaanku
aku di sini sedang menangisi perjuanganku selepas ini
pelbagai soalan menyapa minda
apakah yang akan berlaku?
Bagaimana aku ingin melebarkan sayap dakwah?
Adakah aku sanggup meninggalkan semua ini?
Aku buntu seketika Cuma
Namun bibir ini beristighfar supaya kembali kepadaNYA
Astaghfirullah…masih ada jalan untuk masalah ini
Sedang para sahabat yang diduga dengan pelbagai mehnah
Masih ada jalan keluar
Apatah lagi aku…..
Aku menatap terjemahan kalamMu YA Allah…
Mataku berhenti di ayat 31 surah Muhammad
Hatiku tenang kembali……..


Kudapat berfikir dengan waras kembali…
Kukuatkan semangat…
Mempositifkan kembali diri yang "hilang" sebentar tadi…

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan kami telah beriman?” al-ankabut:2
Aku memuhasabah diri…
Jangan lemah….ini adalah ujian buatmu
Kau harus melakukan sesuatu
Bukan berduka dengan ujian yang menimpa…..

Bersabar…..itulah ayat yang menjengah minda
“sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar”
p/s: syukran di atas semangat yang diberikan

Datang tak dijemput....



bismillah.....


sudahkah kita bersiap?

menghadapi sakaratul maut.....

mungkin esok hari terakhir kita..

hari terakhir bersama orang yang dikasihi

hari terakhir untuk kita buat amal

hari terakhir untuk kita menyelesaikan amanah-amanah kita di dunia....


cukup dah ke amalan yang nak kita bawa nanti....?


ntum pernah melihat menziarahi orang meninggal dunia?


saat menziarahi orang yang meninggal dunia sampai mengkafankannya hingga menguburkannya, sambil merenung, berfikir bahawa yang dikafani dan dikuburi tersebut adalah diri kita, di mana ruh kita melihat,

bagaimana jerit tangis keluarga yang ditinggalkan.


Kita pun dicekam ketakutan dengan pertanyaan dalam kubur yang belum tentu mampu untuk menjawa Astaghfirullah....


jadi sahabat-sahabat...

sama-sama kita renungkan kembali amalan-amalan kita?

kita muhasabbah kembali diri kita......


semoga kita tergolong di kalangan orang-orang yang bahagia bertemu dengan Allah, pencipta kita


"Janganlah seorang mati kecuali dia dalam keadaan berbaik sangka terhadap Allah"

(HR.Muslim).

Tuesday, November 24, 2009

Hari-hari dalam hidup Zainab al-Ghazali




salam...

mungkin ramai yang tertanya-tny mengapa ana memilih "Hari-hari dalam hidupku" sebagai "main sentence" blog ana yg tidak seberapa ini...



nama ini ana ambil sempena dengan nama buku "Hari-hari dalam hidupku". Buku ini dicadangkan oleh sahabat ana ketika dalam satu kuliah....



pada mulanya berat juga ana nk membacanya disebabkn ana kurang minat membaca
novel..namun membaca sinopsisnya yang mengisahkan realiti sebenar seorang aktivis, menarik minat ana untuk membaca.



Buku ini mengisahkan Zainab al-Ghazali al-Jubaili adalah seorang aktivis Islam yang sanggup berkorban apa saja demi mempertahankan kebenaran yang beliau yakini.Ukhtie adalah ketua Jama'ah Muslimin yang menjadi sayap kepada Ikhwan Muslimin di Mesir.


Pada era pemerintahan Presiden Jamal Abdul Nasser, puluhan ribu, malah ratusan ribu anggota Ikhwan Muslimin dipenjara dan diseksa. Zainab al Ghazali dengan sepenuh kemampuan yang dimilikinya berusaha sedaya upaya meringankan bebanan keluarga mereka yang dipenjarakan. Pelbagai bantan kebendaan dan rohani dihulurkan.


Rancangan untuk membunuhnya telah dilakukan. Akhirnya beliau ditangkap dan dipenjarakan dan bermulalah siri penyeksaan keatasnya. tetapi Allah telah menyelamatkan beliau. Ketika menghadapi saat-saat penyeksaan di dalam penjara, Presiden Jamal Abdul Naser telah mengarahkan agar beliau diseksa dengan penyeksaan yang berat.


Beliau dipukul dengan tongkat, cemeti, digantung kaki ke atas, dikurung dengan anjing-anjing yang ganas, direndam seharian dalam penjara air, dipenjara dengan tikus dan pelbagai lagi seksaan yang berlaku ke atas dirinya. Namun, beliau tabah menghadapinya dengan penuh yakin akan janji Allah : " Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung".


Akhirnya beliau keluar daripada penjara pada tahun 1971. Semangat serta keyakinan terus membara dan beliau tetap thabat di jalan dakwah.

p/s:
bacalah buku yang bermanfaat kerana ia mempengaruhi pemikiranmu..

Monday, November 23, 2009

Apakah perananmu wahai anak muda?



salam sahibbi yang dikasihi....


kali ini ana ingin membawa suatu kisah seorang anak muda yang berjuang demi agama yang tercinta...Mus'ab bin Umair...
ana tahu di fikiran masing-masing melihat post ini terlalu panjang untuk dibaca
dan ana yakin hanya yang terpilih oleh Allah s.w.t sahaja yang akan membaca post artikel ini.....
Walaubagaimanapun, ana berdoa sahabat-sahabat menjadi orang yang terpilih oleh Allah untuk membaca artikel ini...ameen..
Semoga dengan menghayatinya kisah sahabat Rasulallah s.a.w ini, kita diberi hidayah oleh Allah untuk menjadi pejuang Islam seperti Mus'ab bin Umair...
" baligghu anni walau ayah"
maksudnya: sampaikanlah walau satu ayat

Kisah Mus'ab ini menggambarkan peranan anak muda di zaman Rasulallah s.a.w

Bagaimana dengan peranan kita (anak muda) di zaman sekarang??
sama-sama kita muhasabbah dan renungkan...

Janganlah menjadikan dirimu seperti buih yang tidak berharga seperti di dalam hadith Rasulullah....

~Ayuh bangkit anak-anak muda....
moga kita menjadi golongan yang terpilih berada di jalan Allah......ameen....


"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang pada jalan-Nya dalam barisan yang teratur seolah-olah mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh"

(Surah As-Saff 4)

Pemuda Dakwah, Mus’ab bin Umair adalah sahabat Rasulullah S.A.W yang sangat berjasa dan menjadi teladan kepada umat Islam sepanjang zaman. Sebelum memeluk Islam, dia berperawakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Malah dia selalu bersaing dengan kawan-kawannya untuk berpakaian sedemikian. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Mus’ab menjadi kegilaan gadis di Makkah. Mereka sentiasa berangan-angan untuk menjadi isterinya.


Mus’ab sebenarnya adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik beradiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu tidaklah menghairankan apabila ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Mus’ab telah menganut Islam. Ibunya telah mengurung dan menyeksa Mus’ab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Bagaimanapun tindakan itu tidak sedikit pun melemahkan keyakinannya. Pujukan dan ancaman ibunya tidak berkesan. Mereka sudah habis ikhtiar lalu membebaskannya buat sementara.Tindakan ibunya tidak sedikit pun menimbulkan rasa takut pada Mus’ab, sebaliknya dia tidak jemu-jemu memujuk ibunya memeluk Islam kerana kasih pada ibunya.


Mus’ab membuat pelbagai ikhtiar tetapi semua tindakannya hanya menambahkan lagi kemarahan dan kebencian ibunya.Pada suatu hari Mus’ab melihat ibunya dalam keadaan pucat lesu. Dia pun bertanyakan sebabnya. Kata ibunya, dia telah berniat di hadapan berhala bahawa dia tidak akan makan dan minum sehingga Mus’ab meninggalkan Islamnya. Cuba bayangkan bagaimana jika anda berada di tempat Mus’ab ketika itu, berhadapan dengan ibu yang hanya hampir tinggal nyawa ikan? Apakah jawapan anda? Tergamakkah anda membiarkannya terlantar begitu? Atau apakah ada jawapan lain yang lebih menggembirakan? Dengarlah jawapan Mus’ab kepada ibunya: “Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali”.Apa lagi, lemahlah siibu mendengar jawapan sianak. Dengan jawapan tersebut juga, Mus’ab dihalau daripada rumah ibunya. Tinggallah Mus’ab bersama-sama Rasulullah dan sahabat-sahabat yang sangat daif ketika itu.


Untuk meneruskan kehidupannya, Mus’ab berusaha sendiri bekerja mencari nafkah dengan menjual kayu api. Apabila sampai berita ini kepada ibunya, dia merasa amat marah dan malu kerana kebangsawanannya telah dicemari oleh sikap Mus’ab. Adik-beradik Mus’ab juga sering menemui dan memujuknya supaya kembali menyembah berhala. Tetapi Mus’ab tetap mempertahankan keimanannya.


Sewaktu ancaman dan seksaan kaum Quraisy ke atas kaum Muslim menjadi-jadi,Rasulullah telah mengarahkan supaya sebahagian sahabat berhijrah ke Habysah. Mus’ab turut bersama-sama rombongan tersebut. Sekembalinya dari Habsyah, keadaan beliau semakin berubah. Kurus kering dan berpakaian compang-camping lantaran penyiksaan Quraisy ke atasnya. Keadaan itu menimbulkan rasa sedih di dalam hati Rasulullah.


Kata-kata Rasulullah mengenai Mus’ab sering disebut-sebut oleh sahabat:“Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Mus’ab seorang pemuda yang hidup mewah ditengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itusemua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya”.Apabila ibu Mus’ab mendapat tahu mengenai kepulangannya, dia memujuk anaknya supaya kembali kepada berhala. Dia mengutuskan adik Mus’ab yang bernama Al-Rum untuk memujuknya. Namun Mus’ab tetap dengan pendiriannya.


Bagaimanapun tanpa pengetahuan ibunya, Al-Rum juga sudah memeluk Islam tetapi dia merahsiakannya. Mus’ab, adalah orang pertama diutus oleh Nabi ke Madinah untuk berdakwah. Hasil dakwahnya, pada tahun tersebut 12 orang Madinah Masuk Islam dan bertemu dengan Nabi di Musim Haji untuk mengikat janji setia dengan Nabi(Perjanjian A’qabah 1). Pada tahun berikutnya 70 lagi orang Madinah masuk Islam dan datang ke Mekah di musim Haji untuk berjanji setia dengan Nabi(Perjanjian A’qabah 2).Kejayaan cemerlangnya inilah, pembuka jalankepada Nabi dan para sahabat untuk berhijrah ke Madinah.Sewaktu berlaku peperangan Uhud, Mus’ab ditugaskan memegang bendera-bendera Islam.


Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Mus’ab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru: Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul.Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arah Mus’ab dan menetak tangan kanannya yang memegang bendera Islam. Mus’ab menyambut bendera itu dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Mus’ab terus menyambut dan memeluk bendera itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Mus’ab sebagai syuhada’ Uhud.


Al-Rum, Amir ibn Rabiah dan Suwaibit ibn Sad telah berusaha mendapatkan bendera tersebut daripada jatuh ke bumi. Al- Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Mus’ab. Al- Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya. Tangisannya memenuhi sekitar bukit Uhud. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup jenazahnya. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air mata baginda. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur:


Apabila ditarik kainnya ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik kainnya ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu.Demikian kisah kekuatan peribadi seorang hamba Allah dalam mempertahankankebenaran dan kesucian Islam. Beliau jugalah merupakan pemuda dakwah yangpertama mengetuk setiap pintu rumah di Madinah sebelum berlakunya hijrah.


Kisahnya mempamerkan usaha dan pengorbanannya yang tinggi untuk menegakkan kebenaran. Semua itu adalah hasil proses tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah.Mus’ab telah menjadi saksi kepada kita akan ketegasan mempertahankan aqidah yang tidak berbelah bagi terhadap Islam sekalipun teruji antara kasih sayang kepada ibunya dengan keimanan. Mus’ab lebih mengutamakan kehidupan Islam yang serba sederhana berbanding darjat dan kehidupan serba mewah. Dia telah menghabiskan umurnya untuk Islam, meninggalkan kehebatan dunia, berhijrah zahir dan batin untuk mengambil kehebatan ukhrawi yang sejati sebagai bekalan akhirat.


p/s: Islam tetap akan menang tanpa kita.....kerana janji Allah itu pasti...jadi, sama-samalah kita berdoa supaya menjadi orang terpilih berada di jalanNYA...semoga istiqamah...ameen


"Ya Muqalibbal qulub, sabit qulubana 'ala din nik"....ameen
~ana hanyalah hamba Allah yang lemah yang mencari keredhaan Illahi
salam juang

Thursday, November 12, 2009

Suatu Muhassabah



salam..setelah sekian lama blog ini tidak terhias

alhamdulillah diberi kesempatan untuk ana mengupdate blog yang tidak seberapa ini..

namun ana harap segala perkongsian ilmu dan nasihat amat ana galakkan...


teringat ana pesan ustaz dalam ceramahnya "Pengalaman adalah guru yang terbaik"

ana amat setuju dengan sentence ustaz..

ana akui yang pengalaman yang banyak mengajar kita untuk menjadi lebih baik...

teori melalui pembacaan tidak cukup gah untuk kita mengatakan diri kita hebat dan memandang rendah pada yang lain....

ramai yang hanya tahu tetapi tidak mempraktikkan...


apabila ditanya tentang tarbiyyah

ramai yang akan memberi pandangan masing-masing melalui pembacaan, kuliah-kuliah yang pernah dihadiri....


bila disebut TARBIYYAH...

wah bukan main semngat laungan "takbir!"

INI TARBIYYAH UNTUK KITA...


petikan ini ana petik dari blog abi




Tarbiyah bukan semata-mata fikrah. Tarbiyyah bukan semata-mata kekuatan hujjah. Tarbiyyah bukan semata-mata ilmiyyah...namun ianya adalah proses perubahan melalui pengalaman beramal dengan ilmu..berpegang dengan fikrah..juga pengalaman mengendalikan diri dalam berhadapan arus kehidupan yang penuh dengan kesibukan dan tanggungjawab perjuangan...


Tarbiyyah adalah satu proses merasai pengalaman..bagaimana rasanya berpegang teguh dengan Islam sebagai cara hidup..bagaimana rasanya bila beramal dan merasai lazat beramal..bagaimana rasanya bila berjuang dan merasai pahit getir perjuangan...bagaimana rasanya susah payah perjuangan dan bersabar dalam bersusah payah. Oleh itu ..jika pernah rasa senang maka kena rasa juga susah..jika pernah rasa menang maka kena rasa juga kalah..jika pernah rasa kuat maka kena rasa juga lemah. semua itu memberi pengalaman merasai sunnah dan realiti perjuangan. Barulah seorang pejuang itu menjadi matang dalam tarbiyyahnya...


moga perkongsian kali ini dapat sama-sama kita muhasabbah diri kita semula..

kita hamba yang lemah dan seringkali leka

namun tautan ukhwah fillah I'allah dapat mengelakkn kita dr jatuh ke dunia yang sementara...

sesungguhnya Islam itu agama nasihat...

syukran buat sahabat-sahabat yang menasihati diri ini....


salam perjuangan



Doa Memohon Perlindungan Dari Ilmu Yang Tak Bermanfaat


"Ya Allah, kami berlindung dengan Engkau dari ilmu yang tidak bermanfaat dan tidak berguna. Dan dari hati yang tidak kusyuk.Dan dari doa yang tidak diendahkan dan dari nafsu yang tidak puas-puas dan tiada kenyang-kenyangnya.Ya Allah, kami berlindung dengan Engkau dari syak wasangka dan dari kemusyrikan dan dari munafiq dan dari keburukan akhlak dan budi pekerti.