Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, July 28, 2011

Ujian itu indah..maka bersabarlah diri

      Hari-hari yang berlalu sangat bermakna dalam diri kita.. terkadang kita diuji dengan ujian kesenangan dan terkadang kita diuji dengan ujian kesusahan.. Ya Allah, bukan mudah untuk menjalani ujian kesenangan dan kesusahan melainkan dengan rahmatNYA...

     Apabila ujian itu tiba, yakinkan diri bahawa ujian itu kerana sayangnya Allah swt pada kita, sentiasa nasihatkan diri bahawa ujian itu meningkatkan darjat kita kepada Allah swt, meningkatkan tingkat kesabaran kita..
Subhanallah, begitu indah Allah mentarbiyyah kita.. begitu halus kasih Allah kepada kita...

      Kasih Allah tiada batasnya... namun siapalah kita untuk merungut atas ujian yang menimpa.. Allah tidak akan menguji sesuatu kaum melainkan kemampuannya... Ya Allah, mudah untuk kuungkap hadith ini..namun, kita juga hamba yang dhaif lagi hina di hadapanMU... KAU bantulah kami dalam mensyukuri segala ni'matMU Ya Allah...

Terasa malu dengan Rasulullah saw... bagaimanakah jwapannya apabila diuji dengan ujian kesakitan?

Hadith :
Dari Abdullah r.a katanya:”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:”Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.” Jawab baginda,”Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda:”Semoga!” Kemudian sabda baginda pula:”Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”
(hadith:Muslim)

Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi "kaffarah" (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.

Anas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah." (at-Tirmidzi dan Ibn Majah)

Ya Allah, begitu indah ujianmu ini.. Jika ia adalah yang terbaik buat diri ini, maka ujilah Ya Allah.. Namun janganlah KAU uji hambamu ini dengan ujian yang tak mampu hambaMU ini tanggung Ya Allah..amin ya rabbal 'alamin...

"hasbunallahu wa ni'mal wakil, ni'mal maula wa ni'man nasirr"...

1 comment:

  1. assalamualaikum, akak afifah!!!long tome no see :)

    ReplyDelete