Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, September 6, 2009

Mafhum Jamaah


Bila anak-anak kita mendengar cerita tentang Ikhwan mereka akan bertanya, Ikhwan tu NGO ke atau parti politik?.. Kerana itu sahaja gambaran yang ada dihadapan mereka.Yang melihat kepada aktiviti sosial mereka mungkin kata NGO… dan kalau yang melihat kepada penglibatan politik mungkin menganggap ia parti politik. Sebenarnya Ikhwan lebih luas daripada dua-dua itu. Ikhwan tidak mungkin kecuali sebuah jamaah.


Bagi Ikhwan istilah jamaah memiliki pengertiannya yang tersendiri. “Jamaah” adalah penyelesaian dan ia merupakan wasilah ke arah mencapai matlamat. Apa-apa bentuk penglibatan sama sosial, thaqafi (ilmu) ekonomi atau pun politik tidak akan membawa ke mana tanpa “Jamaah” yang mantap. Wajihah-wajihah politik, NGO, badan-badan kebajikan, yayasan-yayasan tidak akan boleh menggantikan Jamaah. Kerana Jamaah adalah satu bentuk penstrukturan kepada manhaj Islam itu sendiri sebagaimana ianya diturunkan.


Sesiapa yang ada pengetahuan tentang Ikhwan tentu pernah mendengar slogan; wasilah kami ialah iman yang mendalam – tanzim yang kemas – faham yang mantap – amal yang berterusan.
Jamaah ertinya kumpulan manusia yang berhimpun atas satu fikrah, satu matlamat dan mengabdikan diri mereka untuk mencapai matlamat tersebut. Imam Al Banna ada menyebut: “Berdasarkan sejarah, mana-mana kebangkitan umat dibelakangnya ada fikrah, ada manhaj dan ada orang yang bersemangat (rijal) untuk mendokong fikrah tersebut.” Mengambil pengalaman dari fakta sejarah tersebut, Al Banna telah membina Jamaah Ikhwan Muslimin. Beliau menjadikan Islam sebagai fikrah, mengambil manhaj daripada sirah Nabi s.a.w. dan di atas asas itu Beliau membentuk ikhwan mujahidin yang berjuang untuk menjayakan fikrah tersebut.
Ikhwan ketika menakrifkan diri mereka dalam perlembagaan menyebut bahawa Ikhwan adalah “lembaga Islam yang syumul”, merujuk kepada fikrah Ikhwan yang berasas Islam yang syumul, medan aktivitinya yang mencakupi semua pengertian yang terkandung dibawah kalimah Islam, gerak kerjanya dihukum oleh ajaran Islam, visi/misinya diilhamkan oleh tujuan kedatangan Islam itu sendiri, aktivitinya dipandu oleh objektif-objektif Islam. Motivasinya adalah janji tuhan tentang kemenangan di dunia dan juga di akhirat. Dengan ertikata lain Jamaah adalah fikrah Islam yang dilembagakan.


Dengan bantuan ilham yang diberikan oleh Allah s.w.t kepadanya, Imam Al Banna berjaya mengenalpasti rahsia kekuatan Islam dalam membina semula umat. “Tidak pulih urusan akhir umat ini kecuali dengan manhaj yang telah memulihkan generasi pertama dulu”. Beliau telah mencipta wasail-wasail yang mantap yang boleh menggarap kembali kekuatan-kekuatan tersebut. Bagi beliau Islam memiliki wasilah tersendiri dalam membina rijal. Beliau mengatakan: “Kita akan memiliki semua wasail islah (pembaikan) apabila kita memiliki rijal yang kuat/soleh”. Beliau menjadikan sifat-sifat sahabat sebagai ukuran kekutan syakhsiah yang dikehendaki. Beliau mengatur langkah dan meletakkan batu tanda perjalanan dakwah dan jamaah berpandukan sirah Rasulullah s.a.w.


Sesiapa yang pernah membaca “Petunjuk Sepanjang Jalan” akan bertemu dengan istilah “bina jamaah dengan akidah dan bina akidah melalui jamaah”. Yakni jamaah ditubuhkan berdasarkan akidah dan perlaksanaan akidah berkembangkan berdasarkan perkembangan Jamaah. Dalam buku Haza addin, Syed Qutb menyebut; “Islam tidak tertegak sendiri tetapi mestilah wujud umat yang melaksanakan Islam pada diri mereka”. Hasan Hudhaibi ada menyebut; “Tegakkan Islam pada diri kamu, nescaya ia tertegak pada bumi kamu”. Demikian mafhum Jamaah disisi ikhwan. Daripada visi-misi hingga kepada program dan aktiviti harian semuanya bersumberkan Islam.

Tabiat dakwah Ikhwan adalah lahir dari tabiat Islam itu sendiri. Manhaj perubahannya adalah metode yang diambil dari Islam bagaimana ia membina sebuah umat yang agong. Adabiyatnya (budaya organisasi) tidak lain dari penyerlahan pengahayatan Islam yang mantap dalam diri anggota dan budaya berorganisasi. Kepemimpinan jamaah mengandungi maksud membawa manusia kepada Allah s.w.t, iltizam sunnah dan bertaamul (mengendalikan) dengan tabiat annufus (nafsu-nafsu). Nabi s.a.w pernah bersabda maksudnya: “Tidak beriman seorang kamu sehingga hawanya mengikut apa yang aku bawa”.
Jundiah pula membawa implikasi “taat syariyyah”. Intima’ adalah intima’ imani dan fikri. Ukuran kekuatan intima’ seseorang ialah sejauh mana dia beriltizam dengan manhaj fikri dan amali yang telah ditetapkan atau dengan kata lain kekuatan komitmen seseorang kepada perjuangan jamaah diukur berdasar sejauh mana kekuatan komitmennya melaksanakan manhaj Islam dalam dirinya. Dan begitulah seterusnya.


Memahami pengertian ini membantu kita untuk memahami kenapa “membina Jamaah” lebih utama bagi Ikhwan daripada aktiviti-aktiviti yang lain. Fikh keutamaan ini tidak bererti mengurangkan peranan dalam bidang bidang penglibatan samada berbentuk ilmu, sosial, ekonomi, politik dan sebagainnya. Tenggelam dalam mana-mana aktiviti juz’i sepenting mana sekalipun tidak harus mengakibatkan pengabaian terhadap kerja-kerja pembinaan jamaah. Tumpuan ini berterusan sehingga berjaya membina kekuatan yang seimbang. Proses pembinaan jamaah ini melalui marhalah-marhalah yang sering kita dengar iaitu ta’sis, infitah, tawassu’ (peluasan) dan seterusnya. Setiap marhalah itu pun ada step-step yang perlu dilalui sehingga ia benar-benar terbina dengan mantap.


p/s: post ini dicopy daripada seorang hamba Allah

No comments:

Post a Comment