Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, February 20, 2010

~Peranan Mahasiswa/siswi dalam mendepani isu semasa~ (Bahagian 1)



salam sahabat-sahabat...sudah lama blog ini tidak terhias dengan pengisian...bak kata sahabat ana dalam blognya (blog ini sudah bersawang=)
banyak perkongsian yang ana nak kongsikan tapi faktor kekangan masa yang mencemburui malahan kelemahan ana dalam bab menulis ini menyebabkan kadang-kadang terbantut salah satu uslub dakwah nh...

pesan seorang kakak kepada ana" kalau kita tahu kelemahan kita, yang tulah yang patut kita pertingkatkan. bakat boleh dicungkil fi dan fi yang mesti bina bakat fi..."...mungkin pengalaman sekolah rendah yang menyebabkan ana "trauma" dengan subjek Bahasa Melayu. subjek yang memang ana tak suka suatu ketika dulu. dan sekarang ana diuji apabila Bahasa Melayu merupakan minor subjek kos yang ana ambilkan sekarang. Sungguh indah percaturanMU Ya Allah...~impossible is nothing~...

berbalik kepada topik sebenar "peranan mahasiswa/siswi dalam mendepani isu semasa"

mahasiswa menurut pada kaca mata masyarakat lebih besar maknanya dari yang dijelaskan di dalam Kamus Dewan iaitu pelajar (penuntut) di institusi pengajian tinggi. Mahasiswa menurut masyarakat adalah agen perubah, pembela nasib, dan penyelamat mereka.

Taklifan ini bukan sesuatu yang direka oleh masyarakat atau diada-adakan. sejarah yang membuktikan mahasiswa adalah sekalian. mungkin ada yang tidak tahu akan sorotan semangat perjuangan mahasiswa suatu ketika dahulu.
Dan alhamdulillah ana diberi peluang mengikuti kuliah di maktab ana mengenai peranan kita. ana berharap dengan sedikit perkongsian ini dapat menyedarkan mahasiswa/siswa khususnya para guru pelatih tentang besarnya peranan kita pada zaman ini.

3 Disember 1974- Demonstrasi paling besar melibatkan kesatuan mahasiswa seluruh negara diadakan rentetan isu kelaparan, kemiskinan, penyelewangan dan lain-lain.

tahun 1995 - Penubuhan Gabungan Bertindak Mahasiswa Membela Rakyat, UM (GABMRUM) yang telah mengeluarkan memorandum bantahan terhadap tindakan pencerobohan rumah penduduk-penduduk di Kampung Taman Aman, PJ.

Masyarakat juga bangkit menyuarakan pandangan mereka dalam isu-isu antarabangsa:-

tahun 1966- Pembantahan pengeboman Hanoi- Hanpong oleh Amerika Syarikat. seterusnya perarakan menentang sikap Filipina menuntut Sabah dan menuntut dasar penaklukan Rusia ke atas Czehoslovakia

18 Ogos 1992 - satu perhimpunan secara aman diadakan di medan letak kereta Fakulti Sains UM bagi membantah keganasan Serbia ke atas rakyat Bosnia di samping mendesak PBB melindungi umat Islam di negara tersebut

Tahun 1997- Mahasiswa bangkit mengecam keputusan kerajaan menjempit Yahudi menyertai pertandingan kriket antarabangsa.

secara ringkasnya di sini, inilah antara rentetan sorotan perjuangan mahasiswa dalam mendepani isu semasa. tapi bagaimana dengan mahasiswa kini?persoalan banyak ditimbulkan oleh pelbagai pihak yang mengatakan mahasiswa kini lesu dihujani budaya-budaya barat dan dunia globalisasi yang penuh dengan pengaruh-pengaruh negatif.

keterlibatan antum dalam mendepani isu-isu semasa adalah satu usaha mencurah bakti kepada masyrakat. ayuh! usah lagi berada di zon yang selesa. kita rungkaikan kembali sejarah pemerintahan Muhammad Al-Fateh.... sejarah telah membuktikan.

Rasulullah bersabda "setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu bertanggungjawab atas pimpinanmu"

sirru 'ala barakatillah

No comments:

Post a Comment