Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Showing posts with label Tinta wadah. Show all posts
Showing posts with label Tinta wadah. Show all posts

Sunday, May 23, 2010

~Munajat insan hebat:Rabiatul Adawiyah~



Munajat Rabiatul Adawiyyah;

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”

Kekasihku, tidak menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Dalam hati tiada yang lain melainkan Dia, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan diriku tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!

“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah alpa dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”


p/s:
"Ya Allah jadikanlah hatiku seberbersih, sesuci Rabiatul Adawiyah...lemahnya insan ini...hanya padaMU sahaja Ya Allah...."

Monday, April 5, 2010

Lawatan ke rumah anak yatim

salam...alhamdulillah....ana dipermudahkan lagi untuk menulis wadah maya ini....
walaupun teratak ini tidaklah begitu terurus, namun ana yakin Allah tidak melihat kebrhasilan sesuatu usaha tetapi Allah melihat kesungguhan dan keikhlasan kita untuk melakukan sesuatu usaha...InsyaAllah....

kali ini ana ingin berkongsi pengalaman seharian berada bersama anak-anak yatim,
pilu + sedih hati ana melihat anak-anak yang sudah kehilangan ibu bapa....
mereka amat memerlukan kasih sayang yang sepatutnya seorang anak perolehi...
waktu kali pertama ana menjejak..MasyaAllah, ana melihat ibarat seorang adik yang menunggu kehadiran saudara kandung . rapatnya dan mesranya mereka terhadap kami sehingga walaupun tidak pernah berjumpa sebelum ini sudah berasa begitu rapat....







Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).”

di sini ana petikkan huraian ringkas hadith Rasullulah,

Akibat kematian ayah atau ibu, seorang anak akan merasakan suatu kekosongan dalam hidupnya. Kosong dari curahan kasih sayang dan segala aspek yang memenuhi keperluan hidup seperti makan, minum, pakaian, dan lain-lain. Ini menyebabkan seseorang anak yatim itu selalu dihantui oleh perasaan sedih dan hampa. Realiti yang ada di tengah masyarakat sekarang menunjukkan bahawa majoriti anak yatim yang tidak mendapat perhatian yang sewajarnya mengharungi kehidupan yang begitu sukar, menyedihkan dan tersisih. Islam, sebagai agama yang menitikberatkan perihal kasih sayang sangat menekankan agar kita mengambil berat terhadap anak yatim sehinggakan al-Quran sendiri secara khusus banyak membicarakan masalah anak yatim ini lebih daripada perihal anak-anak yang lain secara umum. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya:”Rumah yang terbaik adalah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang dihormati dan diperlakukan dengan baik. Rumah yang terburuk adalah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang dizalimi dan diperlakukan dengan buruk. Anak yatim yang mendapat perhatian dan kasih sayang yang cukup daripada mereka yang menjaganya semestinya akan merasa bahagia dan aman. Namun sekiranya ia tidak mendapat apa yang seharusnya ia peroleh, hidupnya akan rosak dan hal ini menjadi lebih parah jika ia jatuh ke pangkuan orang yang tidak bertanggungjawab yang mendidiknya secara salah dan membentuknya menjadi peribadi yang merugikan masyarakat


explorace




saat yang paling pilu apabila sebelum berangkat pulang....
seorang kanak2 kecil yang baru berumur 10 tahun, syikin pegang tangan ana

"kak, janganlah balik lagi..duduk la lama lagi...."
"maaf ye dik,akak xdapat....(pilu saat die enggan melepaskan tangannya daripada tangan ana"
"akak janji ye kalu ikin dapat 5A UPSR,kita berjumpa lagi,ikin akan hubungi akak"
dengan sebak ana mengangguk...."InsyaAllah..tapi ikin mesti janji ngn akak ikin mesti jadi anak solehah dan berjaya dunia dan akhirat!"
"dia lepaskan tangan ana perlahan2...
ana tahu di sudut hatinya dia enggan melepaskan...
moga Allah merahmatimu setiap saat..ameen....

Friday, March 26, 2010

Mujarabnya Rabitah Hati

ma pendorong inspirasi dan abah contoh bapa yang terbaik




anak-anak saudara yang dirindui

salam...alhamdulillah sudah seminggu ana menjalankan praktikum di SK Ujong Pasir yang terletak kira-kira 10 minit dari tempat ana belajar...Sekolah nh terletak di tengah-tengah bandar berdekatan dengan Kampung Portugis.

Yang menariknya sekolah ini, terdapat ramai anak-anak berbangsa portugis di sekolah tersebut. pada mulanya risau juga ana sebab bahasa pengantar orang portugis adalah bahsa inggeris. terfikir sejenak bagaimana nak berkomunikasi ngn anak-anak yang fasih berbahasa Inggeris ini sebab ana bukanlah fasih berbahasa Inggeris. Tambahan pula kita tak dapat membezakan rupa mereka sebab rupa mereka seiras rupa anak-anak melayu.

Namun alhamdulillah ana bersyukur kerana dipermudahkan Allah segala urusan bermula dengan hari pertama praktikum.. guru-gurunya baik belaka dan yang penting peramah termasuk guru pembimbing ana, Pn Zalina.

Ana dapat jadual waktu pada hari pertama praktikum, tapi ana meminta untuk mengajar pada hari Jumaat sebab "kegusaran" itu masih ada..=)alhamdulillah, Pn Zalina sene kiro (oghe klate oyak)..ana mengajar subjek major, Matematik kelas 2 Gemilang dan subjek minor, English 4 Cekal. tiap2 waktu Pn. Zalina, ana akan masuk kelas beliau melihat sendiri suasana kelas dan performance anak-anak.


Pada Hari Rabu Pn Zalina suruh ana menggantikan kelas beliau.Pn Zalina suruh ana perkenalkan diri dulu dan berkenalan dulu dengan bakal anak murid..MasyaAllah agak terkejut juga ana waktu 2....mind set ana, ana akan ajar hari Jumaat.


Waktu 2 bermain di minda ana apa yang perlu aku buat nanti... time belajar ilmu Pendidikan, lecturer ana, Dr. Tan selalu gtau " the important thing you have to do when you go to the class is state the rules!"....kawan praktikum yang lain gtau " wut muka garang, jangan gelak2,supaya diorang takut ngn kita"..(terpikir gak ana, cmna la nk wut muka garang=)...banyak la tips2 yg dibagi tapi apa yang terlintas di fikiran ana pada waktu itu doa rabitah..kerana doa rabitah ini dapat mengikat hati....


ana bukan inginkan anak-anak murid takut dengan ana, tapi ana inginkan mereka berasa dekat dengan ana. ana inginkan mereka mengambil contoh teladan yang baik daripada ana.

Dan alhamdulillah, ana berasa dekat dengan mereka. berasa sayang pada mereka. tak tergambar kasih ana pada mereka seperti ana sayang anak-anak saudara ana sendiri.

Hari nh ana mengajar depa. Mereka lewat 15 minit sebab mereka kena berkumpul di dataran sebelum masuk ke kelas. perkataan pertama yang terkeluar dari salah seorang daripada anak murid ana "Yea Yea Teacher Afifah masuk lagi"....ana terharu sebab mereka gembira ana masuk ke kelas mereka...

Walaupun steps lesson plan lari disebabkan kelewatan, ana gembira mereka faham apa yang ana ajar. bagi ana, ana xkisah diorang bising sebab harapan ana supaya diorang faham apa yang ana ajar. InsyaAllah ana akan terapkan sedikit demi sedikit nilai-nilai Islam pada diri mereka.

Tips kalau depa bising:

time antum mengajar, tapi diorang bising, antum senyap dan tadah tangan dan baca doa "Ya Allah, jadikanlah anak-anak ini anak-anak yang baik dan anak yang mendengar kata guru.... "ameen...InsyaAllah depa akan tadah tangan dan senyaplah depa...=) (guru cemerlang sekolah ana ajar, Cikgu K...syukran kak)





Tuesday, December 8, 2009

...REDHA....



Tika saat ini,
Hatiku meronta mendamba pengertian orang yang amat aku kasihi
Aku pasrah dengan ketentuanNYA
Aku harus akur akan perintah orang yang kukasihi….
Walaupun jauh di sudut hati
Aku ingin menghabiskan sisa hidupku dengan ISLAM
Ingin bersama-sama sahabat yang faham apa itu perjuangan
Ingin bersama-sama sahabat-sahabat berjuang kerana Allah..
Kerana di luar sana masih ramai hati-hati yang kosong
Dan rindukan sentuhan iman…
Aku ingin menjadi penawar bagi mereka

Namun ku tahu…
Hati yang ingin berjuang kerana Allah ini akan disinggah dengan pelbagai ujian
Kerana hakikat perjuangan itu tersangat sukar
Untuk aku tempuhi..
Aku telah bersedia dengan musibah-musibah yang bakal kutempuhi
Namun aku masih takut untuk menghadapi musibah yang aku fikir musibah tak mampu untuk aku hadapi
Namun Allah tahu aku mampu menghadapinya….


Mehnah itu menjengah tiba
apabila orang yang kusayangi tidak mengerti…


saban hari kutitipkan doa padaMu Ya Allah…
supaya diberi petunjuk yang lurus
serta dilembutkan hati orang yang kukasihi
namun ujian itu datang berkunjung tiba jua
kupasrah dan redha Ya Allah
kerana Hanya KAU yang tahu hikmah di sebalikNYA
malah Hanya KAU yang tahu aku mampu menghadapinya…..

dingin pagi
hari berlalu penuh dengan sendu..
saat ini kicauan burung bagai turut memhami perasaanku
aku di sini sedang menangisi perjuanganku selepas ini
pelbagai soalan menyapa minda
apakah yang akan berlaku?
Bagaimana aku ingin melebarkan sayap dakwah?
Adakah aku sanggup meninggalkan semua ini?
Aku buntu seketika Cuma
Namun bibir ini beristighfar supaya kembali kepadaNYA
Astaghfirullah…masih ada jalan untuk masalah ini
Sedang para sahabat yang diduga dengan pelbagai mehnah
Masih ada jalan keluar
Apatah lagi aku…..
Aku menatap terjemahan kalamMu YA Allah…
Mataku berhenti di ayat 31 surah Muhammad
Hatiku tenang kembali……..


Kudapat berfikir dengan waras kembali…
Kukuatkan semangat…
Mempositifkan kembali diri yang "hilang" sebentar tadi…

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan kami telah beriman?” al-ankabut:2
Aku memuhasabah diri…
Jangan lemah….ini adalah ujian buatmu
Kau harus melakukan sesuatu
Bukan berduka dengan ujian yang menimpa…..

Bersabar…..itulah ayat yang menjengah minda
“sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar”
p/s: syukran di atas semangat yang diberikan

Tuesday, October 27, 2009

Selamat Menempuh Ujian Dunia Dik...



Jam sudah menunjukkan 7.20pagi.(pagi Ahad)...

ana sudah lewat...ana janji ngn sahabat nk jumpa jam 7.30 pagi....
ana bergegas-gegas...dalam hati berbisik "Ya Allah..aku janji ngn orang nh..."
Salah timing masa lagi...
agak kelam kabut pagi tu.....
enjin kereta pm blum panas lagi....
tengah bergegas tiba-tiba ringtone "ketika cinta bertasbih" dari hp ana..
tangan ana mencari-cari hp dalam handbag

"Ya Allah,mana handphone nh?mesti sahabat dah call nh?asif-asif"
tertera "asrama jah"- nombor asrama adik bongsu ana,faizah@jah...
ada apa ye jah call nh...xde klas ke?atau ada apa-apa yang berlaku?(Hari Ahad, Kelantan sekolah)
berdebar jugak nk angkat.....
"assalamualaikum....ye jah?ado gapo ko?"
dengar suara adik ana dari cerowong hp "kak pah...jah takut..."
"Takut???bakpo?"...terhenti dari jalan yang agak kelam kabut...
hati bedebar-debar. macam-macam perkara yang tertejah dalam fikiran ana
"jah nak exam SPMU nh pasnh..."
fuhh..lega..ana ingat perkara buruk yang berlaku...
tapi ana terkilan juga dengan diri ana sebab kesibukan yang menjengah menyebabkan ana terlupa exam adik ana...
"jah..maaf..kak pah xingat sangat...bakpo jah takutnnya?"ceramah ku sudah bermula..=)
"jah kan dah usaha.....jah xperlu takut...yang penting sekarang jah tawakkal pada Allah...walau banyak mana usaha jah tapi kalu Allah xperkenankan pm kita xkan berjaya...yang penting doa + usaha dan lastly kita tawakkal...DAN paling penting jah belajar kerana Allah...bukan kerana PERIKSA...kak pah xse jah jadi mcm kak pah dulu...betapa menyesalnya kak pah belajar kerana..tapi nak buat gano..nasi sudah menjadi bubur..apa yang kak pah perlu buat sekarang ialah belajar balik...betapa ruginya masa dulu jah.......bla..bla"
panjang lebar ceramah ku....

tapi satu perkaa yang buat aku pelik...
adikku dengar je nasihat aku kali nh...biasanya dia akan cakap
"kak pah nak start ceramah dah=)"
dia pm paham ngn kakak die yang ke 7 nh=)
Tapi kali nh die senyap je...=)
rindu dengar suara la tu=)

Jam menunjukkan 7.30 pagi...kereta dah start..xsampai hati nak gtau jah sebab rasa serba salah sebab lupa exam die...."minta maaf jah"...
banyak perkara yang ana dapat pagi nh...dan yang paling penting masa..

"Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar. (103:1-3)

*merenung diri dalam upaya menghindari kerugian dunia dan akhirat serta berusaha lebih baik di masa depan*

Rantaian Tasbih


Mulutku kumat kamit memuji Kebesaran Allah s.w.t...setitis lagi air mata jatuh ke pipi..
"Ya Allah lemahnya hambamu ini...diuji dengan ujian yang begitu kecil, sudah rasa rebah...Ya Allah kuatkan diriku Ya Allah,ku tahu bukan senang membawa kalimah Lailahaillah ini..Ya Allah...telah kau uji orang-orang sebelumku.. Ya Allah, tidak pernah terlintas di benak ini untuk futur (berhenti di jalan dakwah) dan Nauzubillah Ya Allah....KAU tetapkanlah ku di jalanMu Ya Allah"....

Aku akui bahawa dakwah ini bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai rintangan dan tribulasi akan mendatang bagi memadam aktiviti dakwah ini dari terus bersinar.

Al-Imam Yusuf al-Qardhawi pernah mengutarakan dalam sebuah artikel beliau yang bertajuk bertajuk kewajipan generasi muda islam hari ini.
Kata beliau, Tanggungjawab ini semakin bertambah berat atas ahli dakwah, engkau akan mendapati rintangan-rintangan itu sehingga dalam rumah-rumahmu sendiri, mungkin engkau mendapati ayahmu, saudaramu, sahabat-sahabatmu atau manusia yang lebih dekat darimu yang akan menghalangmu dan mengatakan kepadamu: “mengapa engkau berbuat demikian? Mahukah engkau dipenjara? Mahukah engkau ditangkap? Mahukah engkau diseksa? Mahukah engkau begini dan begitu?”




Namun, adakah kekangan-kekangan ini yang menjadikan aku berduka-cita?

Tidakkah kita pernah terhibur dengan ganjaran-ganjaran besar yang pernah Allah tawarkan kepada mereka yang menyeru kebajikan dan mencegah kemungkaran?


Ya!!!Aku akan teruskanlah berpesan-pesan kepada kebaikan, dan penuh dengan kesabaran kerana aku tidak mahu menjadi Muslim yang pentingkan diri, merasa nikmat Iman dan Islam bersendiri. Islam melarang menjadi Muslim yang pentingkan diri sendiri, Islam menyuruh umatnya menyebarkan dua nikmat tersebut iaitu Iman dan Islam kepada seluruh manusia.

Rugilah sesiapa yang menikmati Iman dan Islam bersendirian, kecuali jika mereka berkongsi bersama nikmat tesebut dengan menjalankan aktiviti dakwah. Sepertimana firman Allah,

“Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran”.
(al-Ashr 103: 2-3)

Ya Allah...thabatkan aku di jalanMU ini...syukran sahabat-sahabat yang sentiasa memberi semangat...

Buatmu sahabat...semoga kita terus kuat menghadapai mehnah dan tribulasi ini kerana janji Allah itu pasti....

Sunday, September 27, 2009

Sambutan Raya



.

Alhamdulillah seperti hari raya sebelum ni, pagi selepas solat subuh ana terus gi dapur cari ma ana..

ana: " Ma......Ma, pah minta maaf kalu ada salah silap, pah takut kalau pah ada membuat hati ma terasa ngan pah secara sengaja atau tidak....pah sayang ma.."

seperti tahun sebelumnya.....Ma ana tersenyum...ana faham akan senyuman itu=)


“Dan Kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.”

(Surah Al-Ahqaf, ayat 15)


setrusnya ana cr abah ana

ana: "abah, pah minta maaf"...

“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan bapa.”
(Hadits riwayat At-Tirmidzi)

Hari Raya menandakan kesyukuran Umat Islam di atas kejayaan mereka melaksanakan fardhu puasa sepanjang bulan Ramadhan dan menandakan kemenangan mereka dalam perjuangan menahan hawa nafsu dari perkara-perkara yang ditegah di dalam bulan puasa.


Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan, pertama kegembiraan ketika mereka berbuka dan kedua kegembiraan mereka ketika bertemu dengan Tuhannya yang Maha Pemurah.


Kemuliaan Hari Aidil Fitri diterangkan oleh Allah di dalam Al-Quran dan oleh Rasulullah di dalam beberapa hadisnya. Oleh kerana itu kita Umat Islam amat digalakkan untuk menghidupkan Malam Hari Raya sama ada Hari Raya Puasa atau Hari Raya Korban. Sehubungan dengan ini Allah berfirman di dalam Al Quran.


Ertinya: Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan supaya kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid serta Takdis kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.





Sunday, September 13, 2009

Kenangan lalu~





salam.....

selamat hari lahir buat sahabat yang menyambut hari lahir pada hari ini.....

buzz...buzzz....hp ana berbunyi...
Msg daripada sahabat ana.....
msgnya berbunyi.....


"Adakalanya kita perlu Menangis,
agar kita tahu hidup ini bukan sekadar Ketawa,
Dan..........
Adakalanya kita perlu Ketawa,
agar kita tahu mahalnya nilai Air Mata...."

"bersyukur pada orang yang Menyakitimu kerana
dia yang Menabahkanmu.....

Bersyukur pada orang yang tak Mengendahkanmu kerana
dia yang Memupukmu Berdikari....

Bersyukur pada orang yang Menjatuhkanmu kerana
dia yang Memperhebatkan kemampuanmu...

Bersyukur pada orang yang Menyiksamu kerana
dia yang menguji Kesabaranmu dan Ketabahanmu......"


syukran sahabat kerana sentiasa memberi semangat buat ana
untuk memulakan satu "turning point" perubahan diri......
kerana setiap pada kita mampu berhijrah ke arah kebaikan......

dugaan menjadikan mental kita kuat
masalah menjadikan kita berfikir
huru hara menjadikan kita tabah.......

nasihat daripada naqibah ana
THINK POSITIF........

"syukran kak....."

kuatkan hubungan dengan Allah......
I'allah
~hasbunallahu wa ni'mal wakil"~
salam perjuangan sahabat-sahabat...=)