Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, July 28, 2011

Ujian itu indah..maka bersabarlah diri

      Hari-hari yang berlalu sangat bermakna dalam diri kita.. terkadang kita diuji dengan ujian kesenangan dan terkadang kita diuji dengan ujian kesusahan.. Ya Allah, bukan mudah untuk menjalani ujian kesenangan dan kesusahan melainkan dengan rahmatNYA...

     Apabila ujian itu tiba, yakinkan diri bahawa ujian itu kerana sayangnya Allah swt pada kita, sentiasa nasihatkan diri bahawa ujian itu meningkatkan darjat kita kepada Allah swt, meningkatkan tingkat kesabaran kita..
Subhanallah, begitu indah Allah mentarbiyyah kita.. begitu halus kasih Allah kepada kita...

      Kasih Allah tiada batasnya... namun siapalah kita untuk merungut atas ujian yang menimpa.. Allah tidak akan menguji sesuatu kaum melainkan kemampuannya... Ya Allah, mudah untuk kuungkap hadith ini..namun, kita juga hamba yang dhaif lagi hina di hadapanMU... KAU bantulah kami dalam mensyukuri segala ni'matMU Ya Allah...

Terasa malu dengan Rasulullah saw... bagaimanakah jwapannya apabila diuji dengan ujian kesakitan?

Hadith :
Dari Abdullah r.a katanya:”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:”Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.” Jawab baginda,”Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda:”Semoga!” Kemudian sabda baginda pula:”Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”
(hadith:Muslim)

Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi "kaffarah" (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.

Anas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah." (at-Tirmidzi dan Ibn Majah)

Ya Allah, begitu indah ujianmu ini.. Jika ia adalah yang terbaik buat diri ini, maka ujilah Ya Allah.. Namun janganlah KAU uji hambamu ini dengan ujian yang tak mampu hambaMU ini tanggung Ya Allah..amin ya rabbal 'alamin...

"hasbunallahu wa ni'mal wakil, ni'mal maula wa ni'man nasirr"...

Saturday, January 15, 2011

Kias Cinta.....Cinta Illahi~




Nasyid:Kias Cinta
penyanyi: Suhaimi

seandainya dunia tiada warna
tetap kan ku kagumi
indah maya alam ciptaanNya
kudratNya ku agungi

namun jalin warna zahirlah sang pelangi
menyisih mendung menambat seri
terbias semua cahaya
nyata ilham di alam mimpi
betapa ku syukuri nikmatNya
ku pasti

begitu kias cinta
hadir menghuni jiwa
menyatu sejuta rasa
kurnia penuh bermakna

tika dalam gelita
atau sepi kembara
dihadirkan rasa cinta
sisih segala duka
anugerah dariNya

hanyalah cintaNya yang amat ku harapkan
tiada lain yang jadi rayuan
namun Dia Maha Mengerti
tak mampu insan bersendiri
menempuh dugaan yang menguji
naluri

begitu kias cinta
hadir menghuni jiwa
menyatu sejuta rasa
kurnia penuh bermakna

tak akan ku persia
limpah rahmat yang Esa
bagaikan jalinan warna
yang menyulam cahaya
biasan kasihNya

moga tak diuji asyik cinta duniawi
mengharap teduh redha Ilahi
kerna segala kurnia
hadirnya hanyalah pinjaman
sungguh ku syukuri kesempatan
bahagia

Tuesday, November 2, 2010

Mengawal diri ketika MARAH

Hanya denganmengingati ALLAH hati kan menjadi tenang

Jangan MARAH


Alhamdulillah...kali nh entry post ana berkenaan dengan mengawal diri ketika MARAH.

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:

" Bukanlah orang yang gagah perkasa itu seorang yang mampu merebahkan orang lain, tetapi sebenarnya orang gagah perkasa ituialah orang yang mampu mengawal dirinya ketika marah"

(H.R Bukhari dan Muslim)
MasyaAllah..begitu terperincinya ISLAM menerangkan kita sehinggakan bab marah pun dititikberatkan. Betul, terkadang kita akan berasa sangat marah pada seseorang. sifat marah itu adalah sifat semulajadi yang ada pada setiap insan dan marahit akan menjadi lebih baik apabila kena pada tempatnya seperti marah kepada orang mempersendakan agama atau merubah hukum-hakam agama.

Tetapi MARAH yang bukan pada tempatnya adalah satu perangai yang KEJI, kerana MARAH akan mengakibatkan seseorang itu bertindak terburu-buru dan mengikut hawa nafsunya dan biasanya akan menimbulkan penyesalan di hari kemudian.

Oleh itu, MARAH seperti ini hendaklah dikawal dan jangan dilepaskan, kerana apabila sesuatu tindakan dibuat dalam keadaan MARAH maka tindakan itu dibuat dalam bentuk yang tidak sihat dan tidak menghasilkan faedah bahkan akan menyebabkan penyesalan dan kerugian.

Sebenarnya SYAITAN berusaha kita menjadi MARAH . dan apabila kita sedang MARAH maka mudah sekali bagi syaitan menggoda dan memesongkan kita kerana pertimbangan yang sihat telah hilang dan akal telah diliputi emosi sehingga emosi tidak dapat berfungsi dengan baik.

Maka seseorang yang dapat mengawal dirinya daripada melepaskan keMARAHanya beerti dia berjaya melawan syaitan yang akan mengheretnya ke jurang kebinasaan, kejahilan dan penyesalan. (TAHNIAH BUAT YANG BERJAYA MENGAWAL KEmarahAN KERANA ANDALAH SEBENARNYA ORANG YANG GAGAH).

Dan kemampuan seseorang melawan syaitan iaitu musuh yang tidak nampak ini adalah lebih HEBAT daripada kemapuan seseorang yang hanya dapat menewaskan musuh yang nampak didepan mata.

(Rujukan: kitab empat puluh hadits akhlak mulia)

P/S: jadi, jom kita sama-sama melawan sifat MARAH...la taghdhob=jangan marah.... sama2 banyakkan istighfar dan muhasabah diri kay!SELAMAT MENCUBA DAN SALAM MUJAHADAH=)

Wednesday, October 27, 2010

Ku luahkan untukmu yang bergelar perhiasan dunia~




salam sahabiah-sahabiah blogger...
Alhamdulillah dengan izinNYA dapat juga Allah permudahkan ana untuk menulis blog stelah sekian kalinya... tanpa izinNYA berusahalah walau sekuat mana pun, tangan ini tidak bisa untuk menulis walau sepotong ayat..

dalam menaip bait-bait ayat dalam blog, fikiran ligat berfikir apa yang mahu dikongsi. terlalu banyak perkongsian yang mahu dikongsi di dalam melalui hari-hari dalam hidupku...





berjalan di bumi pinjaman ini, insan yang terlalu lemah dan kerdil ini sering kali memerhati dan mengambil ibrah di setiap peristiwa yang berlaku..muhasabahkan diri, "Ya Allah, KAU tetapkanlah aku di jalan (ISLAM) ini. Janganlah KAU bolakkan hati ini setelah KAU memberiku hidayah"


"Aku takut kemurkaanMU YA Allah....melihat kemungkaran di mana-mana.tiada lagi rasa malu yang sepatutnya ada pada diri seorang muslimah. dengan lenggok badannya, baju yang semakin nipis, bertudung tapi masih menampakkan rambut di dalam, baju yang semakin ketat..aku malu pada insan ajnabi (muslimin)..aku malu mereka melihatmu mendedahkan auratmu yang sepatutnya kau simpan untuk bakal suamimu nanti....

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."


melihat manusia tidak lagi mementingkan solat. waktu solat dibiarkan berlalu pergi...

melihat tiada lagi kasih sayang sesama muslim. Masing-masing sibuk membicarakan hal masing-masing (sikap nafsi-nafsi)

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

Wahai permata perhiasan dunia, takutlah kita dengan firman Allah s.w.t

"Ketahuilah sesungguhnya manusia itu benar-benar melampaui batas, kerana dia melihat dirinya serba cukup" (Al-Alaq 6-7)


Diri ini takut Ya Allah apabila ditanya di hadapanmu kelak, "Apakah yang kau lakukan semasa kau berada di dunia dulu?"...mampukah aku menjawab?..






sedarlah wahai muslimat,

sedarlah wahai wanita,

sedarlah wahai bakal ibu,

sedarlah wahai siswi-siswi,

hidup kita seketika cuma,

mungkin hari ini adalah hari terakhir kita..........



Ayuh bersama kita bangkit.. jadikan Saidatina Khadijah sebagai contoh, jadilah seperti Saidatina Fatimah yang taat pada ayahanda dicintai, jadilah seperti Zulaikha (yang mengejar cinta Illahi)....


Tanamkan sifat sabar, sifat lemah-lembut, jagalah auratmu untuk yang berhak, jagalah sopanmu kerana dirimu adalah perhiasan dunia ...ketahuilah wahai insan bergelar muslimah:-

~"wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh"


~Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."'



p/s:

salam menyebarkan nasihat keislaman kerana Islam itu agama nasihah...salam rindu buat sahabat-sahabat..moga bertemu dilain kali dengan izinNYA...amin...

Wednesday, July 21, 2010

Kasih Tercipta



salam sahabiah yang dirindui....
kaifahalukum? apa khabar iman kita?adakah sudah berdoa supaya diperbaharui hati...jika rosak hati kita kerana kelalaian kita dan kesibukan kita dalam menguruskan hal dunia, maka cepat-cepatlah kita kembali dengan menjaga amalan harian (bacaan quran, zikrullah,qiam)
Sabda Rasulullah:
" Barangsiapa yang cinta kepada dunia dan seronok (leka) kerananya, hilanglah daripada hatinya rasa takut kepada akhirat"
Selalulah berdoa "Ya muqalibbal qulub, thabit qulubana 'ala dinnik- Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati kami di jalan ini"...
Allah rindu rintihan hamba-hambanya..mungkin kadang-kadang kita leka dengan kesibukan seharian kita sebagai pelajar, pemimpin, sebagai anak, sebagai, kakak/abang tapi janganlah kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba... berdoalah, berzikirlah kerana
"Sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah s.w.t, hati kan menjadi tenang"
(Ar - Ra'd:28)
Begitu juga dengan nabi junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w..Rasulullah rindu pada umatnya sehingga saat sebelum kewafatan baginda, baginda senantiasa menyebut "umati,umati,umati," begitu rindu dan kasih baginda pada umatnya walaupun baginda tidak pernah berjumpa dengan kita...tapi bagaimanakah kita?adakah kita selalu selawat pada Nabi junjungan kita,Nabi Muhammad s.a.w...ingatlah hanya yang berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w sahaja yang akan mendapat syafaat di hari perhitungan kelak...
ana sertakan sebuah nasyid buat sahabiah-sahabiah yang dirindui...
ukhwah yang terjalin memberi seribu makna pada diri ana yang lemah ini..syukran Ya Allah kerana Kau kurniakan aku sahabat-sahabatku ini...
Tajuk: Rintihanku
Kumpulan: As -Saufee
Jauh Perjalanan,
Telahku Jelajahi,
Membawa seribu impian,
Berbekal pengalaman.

Mampukah aku melangkah,
Menuju satu daerah,
Masihkah ada,
Sinar yang menanti.

Masa djanji pasti tiba,
Ku kan dijemput ke sana,
Bimbang langkahku terhenti,
Ku terpaut di persimpangan.

Tak inginku mengingati,
Detik hitam semalam
Tinggallah semua,
Jadi kenangan.

Keranamu kan ku gagahi,
Untuk terus sisa hidup ini,
Biar ku tebus segala dosa,
Selagi jasad bernyawa.

Leraikanlah rasa hatiku,
Padaku hanya engkau yang satu,
Belum pernah ku terasa,
Hebatnya cintamu.

Sungguh kau lebih mengerti,
Apa tersirat di dalam diri,
Ku mohon rasa kasih,
Yang abadi.

Jujur ikhlaskah hati ini,
Menyintaimu sepenuh hati,
Ataukah sekadar bila diuji,
Rahmat dan kasihmu tiada sempadan,
Biarpun jiwa dalam kelalaian,
Dihasut dengan pelbagai godaan.
khas buat sahabiah-sahabiah yang senantiasa di hati...semoga terus thabat dan tabah menghadapi ujian yang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t...salam rindu...sirru 'ala barakatillah

Thursday, July 8, 2010

~Salam, Memohon sumbangan untuk pembinaan Masjid Darul Al-Aitam



salam sahabat-sahabat dikasihi...

Memohon sumbangan penubuhan Masjid Darul Aitam yang akan digunakan oleh bakal hafiz Al Quran terdiri daripada anak-anak yatim.Asalnya ini adalah masjid yang didirikan oleh keluarga kami atas tanah pusaka dan kebetulan bersebelahan dengan Markaz Tahfiz anak-anak yatim.. dan secara rasminya Masjid ini akan digunakan oleh anak-anak yatim serta penduduk kampung berdekatan..


Boleh berikan sumbangan melalui 03060031765528 (Haji Mohamed Salleh bin haji Hussain) atau
14162020071659 (Salbiah bt Mohamed Salleh)


Masjid Darul Al-Aitam dalam pembinaan


Gambar Masjid Darul Al-Aitam secara dekat



Markaz Tahfiz Al-Aitam yang juga dalam pembinaan


“Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu, kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji.”

(Al-Baqarah ayat 267)



“Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api”

(Hadis Riwayat At Tirmidzi)

p/s:
harap dapat sebarkan pada yang lain..Sebarang pertanyaan boleh hubungi ana di talian 0136104964...syukran wa jazakallah...

Sunday, May 23, 2010

~Munajat insan hebat:Rabiatul Adawiyah~



Munajat Rabiatul Adawiyyah;

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”

Kekasihku, tidak menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Dalam hati tiada yang lain melainkan Dia, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan diriku tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!

“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah alpa dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”


p/s:
"Ya Allah jadikanlah hatiku seberbersih, sesuci Rabiatul Adawiyah...lemahnya insan ini...hanya padaMU sahaja Ya Allah...."